Facebook Fan

Monday, 25 January 2016

Dos Pemakanan Magnesium

Sumber Gambar: www.nuzest-usa.com
Kelebihan Manfaat
Magnesium merupakan mineral yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun tubuh dan kesihatan jantung kita. Ianya juga bertujuan menguatkan tulang dan fungsi saraf. Kekurangan magnesium boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, `stress', keletihan, gemuruh, kemurungan, penyakit kardiovaskular, sawan, kekejangan otot, sindrom kaki lenguh, sakit `period', migrain dan diabetes(type 2).

Diet Pemakanan
Tidak perlu beli kapsul atau pil magnesium di farmasi. Anda boleh beli senarai dibawah di kedai beli belah yang berdekatan;

Almond
¼ cawan almond mengandungi 105 milligrams magnesium

Tauhu
½ cawan tauhu mengandungi 37 milligrams magnesium

Bijan
1 aun bijan mengandungi 101 milligrams magnesium

Pisang
Sebiji pisang saiz sederhana mengandungi 33 milligrams magnesium

Flaxseed
Sesudu flaxseed mengandungi 40 milligrams magnesium

Kuaci
¼ cawan kuaci mengandungi 126 milligrams magnesium

Gajus
¼ cawan gajus mengandungi 89 milligrams magnesium

Oat
Secawan oat mengandungi 57.6 milligrams magnesium

Jagung
Sebatang jagung mengandungi 33 milligrams magnesium

Kurma
100gram kurma mengandungi 58 milligrams magnesium

Bayam
100gram bayam hijau mengandungi 88 milligrams magnesium

Cadangan Anggaran Keperluan Magnesium Sehari

Tahap Umur Cadangan Jumlah Magnesium Sehari
Lahir hingga 6 bulan: 30 mg
Bayi 7-12 bulan: 75 mg
Kanak-kanak 1-3 tahun: 80 mg
Kanak-kanak 4-8 tahun: 130 mg
Kanak-kanak 9-13 tahun: 240 mg

Lelaki Remaja 14-18 tahun: 410 mg
Gadis Remaja 14-18 tahun: 360 mg

Lelaki Dewasa 19-30 tahun: 400 mg
Wanita Dewasa 19-30 tahun: 310 mg

Lelaki Dewasa > 30 tahun: 420 mg
Wanita Dewasa > 30 tahun: 320 mg

Remaja ( <18 tahun ) Hamil: 400 mg
Wanita Hamil: 350-360 mg

Remaja ( <18 tahun ) Menyusukan Bayi: 360 mg
Wanita Menyusukan Bayi: 310-320 mg

Magnesium "Bukan Semulajadi" & Risikonya
Magnesium yang diperolehi dari pemakanan semulajadi tidak ada had amalan. Tetapi Magnesium dalam makanan tambahan dan ubat-ubatan tidak boleh dimakan dalam jumlah yang melebihi had, melainkan disyorkan oleh pembekal penjagaan kesihatan. Had yang biasa untuk magnesium dari makanan kesihatan ialah seperti dibawah;

Umur 1-3 tahun: 65 mg
Umur 4-8 tahun: 110 mg
Umur 9-18 tahun: 350 mg
Dewasa: 350 mg

Pengambilan yang tinggi magnesium daripada makanan tambahan dan ubat-ubatan boleh menyebabkan cirit-birit, loya, muntah dan kekejangan perut. Malah boleh menyebabkan denyutan jantung yang tidak teratur dan risiko serangan jantung. Walaupun kemungkinan pengambilan magnesium yang berlebihan itu tiada, namun terdapat faktor-faktor risiko yang disebutkan, apabila berlaku pengambilan magnesium melebihi 5,000 mg/hari.

Interaksi Magnesium "Bukan Semulajadi" dengan Ubatan lain

Sumber Gambar: www.mymagnesiumdeficiency.info
Makanan tambahan dan ubat-ubatan mengandungi magnesium boleh mengganggu sesetengah ubat lain seperti contoh dibawah;
  • Bisphosphonates, digunakan untuk merawat osteoporosis, tidak mudah diserap apabila diambil terlalu awal sebelum atau selepas mengambil makanan tambahan atau ubat-ubatan dengan jumlah yang tinggi magnesium.
  • Antibiotik mungkin tidak diserap jika diambil terlalu awal sebelum atau selepas mengambil makanan tambahan yang mengandungi magnesium.
  • Diuretik sama ada boleh menambah atau mengurangkan kehilangan magnesium melalui air kencing, bergantung kepada jenis diuretik.
  • Preskripsi ubat yang digunakan untuk mengurangkan gejala refluks asid atau merawat ulser peptik boleh menyebabkan tahap rendah magnesium dalam darah apabila diambil dalam tempoh masa yang panjang.
  • Dos yang sangat tinggi makanan tambahan yang mengandungi zink boleh mengganggu keupayaan badan untuk menyerap dan mengawal selia magnesium.
Dapatkan nasihat doktor, ahli farmasi, dan pakar dietary tentang preskripsi dan kaedah pengambilan supaya tidak mendatangkan mudarat dan penggunaan berlebihan.

No comments:

Post a Comment