Facebook Fan

Wednesday, 13 January 2016

Pencegahan & Pengubatan Heat Stroke

Heat Stroke berlaku apabila badan terdedah kepada haba yang melampau dari bahang matahari dan tubuh sukar mengawal suhu teras dalaman yang membawa kepada Hyperthermia dan Dehidrasi. Ini boleh menyebabkan kerosakan kepada otak, jantung dan buah pinggang. Selalunya heat stroke berlaku pada 39-41 darjah celcius atau lebih.

Gejala Heat Stroke

Sudah tentu badan mangsa akan panas dan kulit kering, denyutan jantung dan nadi yang cepat, peningkatan suhu badan, tetapi tidak berpeluh, lidah membengkak, kekejangan otot, sakit kepala, kegatalan, loya, halusinasi, mudah keliru dan pening. Heat Stroke yang teruk sering mempunyai tanda-tanda seperti koma, pengsan, dan mengalami hypotension. Semakin lama terdedah kepada haba dan pancaran matahari, semakin lebih teruk tanda-tanda ini akan berlaku.

Bagaimana hendak mengelak Heat Stroke
  • Cara berpakaian yang sesuai dengan suhu panas.
  • Tidak meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta
  • Sentiasa berada di kawasan teduhan dari pancaran matahari
  • Amalan diet yang menyejukkan badan seperti minum teh kekwa, cincau, tembikai, timun dan sebagainya.
  • Minum minuman elektrolit seperti 100plus untuk mengelak kekeringan dan menyegarkan badan.
  • Menggunakan krim pelindung kulit
Rawatan Awal
HeatStroke boleh menyebabkan maut atau kecacatan kekal jika rawatan kecemasan tidak diberikan. Oleh itu, mangsa mesti dihantar segera ke klinik atau hospital. Tetapi terdapat situasi panggilan kecemasan atau hospital tidak dapat disegerakan, jadi terapi pertolongan cemas tradisional masih boleh membantu menyelamatkan nyawa. Di antara terapi pertolongan kecemasan tradisional ialah dengan;
  • Buka telapak tangan kiri mangsa dan siramkan sedikit air di pergelangan tangan kiri. Kemudian siram sedikit air  dari tengah forearm ke siku. Ulangi beberapa kali untuk menyejukkan saluran perikardium dan tubuh mangsa dengan segera melalui penyejukan saluran darah.
  • Letakkan kain basah di belakang leher dan celah ketiak
  • Letakkan ketulan ais di titik 5 dan 7.(rujuk gambar dibawah)
  • Menekan atau mengurut di titik yang ditunjukkan terutamanya di titik utama no 2 dan 5. Tempoh urutan keseluruhan adalah selama 15-30 minit. Ini boleh menyelamatkan nyawa mereka dari serangan Heat Stroke.
 

No comments:

Post a Comment