Facebook Fan

Monday, 1 February 2016

Bentuk & Saiz Punggung

Bentuk dan saiz punggung seseorang boleh menceritakan kedudukan lemak seseorang. Biasanya kita percaya bahawa punggung yang besar mendatangkan persepsi negatif, tetapi ini tidak sepenuhnya tepat. Lemak yang tersimpan disekitar dada dan tubuh lain sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak di punggung. Misalnya, lemak di punggung boleh menarik asid lemak dari jantung, arteri dan hati untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, kurang kolesterol dan kencing manis. Jadi bersyukurlah anda mempunyai punggung yang besar kerana hormon badan cuba melindungi jantung dengan membesar punggung anda. Mempunyai punggung besar memerlukan lemak Omega-3, yang telah terbukti menjadi pemangkin perkembangan otak. Jadi terdapat sumber mengatakan seseorang yang mempunyai punggung besar mempunyai kesihatan mental yang baik dan bijak.
Square
Lelaki biasanya mempunyai bentuk punggung seperti ini. Punggung jenis ini mungkin mempunyai sedikit lemak. Jika kelihatan nampak jelas struktur tulang pelvis disitu, mungkin disebabkan oleh banyak melakukan senaman tetapi tidak mempunyai otot punggung Glutes yang kuat. Orang seperti ini perlukan senaman otot Glutes untuk memantapkan punggungnya.

Round
Satu bentuk bulatan menandakan punggung sihat. Lemaknya terkumpul di bahagian atas glutes. 

Heart
Bentuk ini bermakna berat tambahan yang terkumpul di atas paha (dibawah punggung). Kehilangan lemak mulai lebih cepat apabila wanita berumur.

Inverted
Ini adalah bentuk biasa kepada orang semakin tua. Lemak dari bawah telah mula bergerak ke kawasan-kawasan badan yang lain dan kekurangan estrogen. Jadi waktu ini mereka berisiko kerana lemak mulai bergerak ke tubuh dan lemak yang bergerak ini perlu dibuang segera melindungi organ-organ tubuh lain.

1 comment:

  1. Terbaik maklumat ini semoga semua menjaga punggung dengan baik

    ReplyDelete