Facebook Fan

Monday, 15 February 2016

Makanan Tiruan Yang Pernah Menggemparkan Negara China

Negara China memang terkenal dengan barangan tiruan dan palsu. Kalau jenama baju ditiru mungkin anda tak kesah, kalau resepi makanan ditiru tidak mengapa. Tetapi bagaimana kalau produk natural (asli) seperti kobis, telur, beras ditiru? Jadi berhati-hati anda membeli produk natural di negara tersebut. Bagaimanapun agensi kerajaan tempatan mengetatkan kemasukan produk luar supaya produk seperti ini tidak masuk ke Malaysia. Terdapat 10 produk makanan tiruan yang pernah mengejutkan rakyat di negara berkenaan iaitu;

Sumber Gambar: vietnamnet.vn
  1. Telur yang mengandungi asid alginik, kalium alum, gelatin, kalsium klorida, air dan warna tiruan. Kulit telur diperbuat daripada kalsium karbonat. telur ini boleh menyebabkan memori hilang dan masalah demensia.
  2. Kacang Walnut yang diperbuat dari simen yang diambil dari kepingan konkrit yang dibalut dengan kertas.
  3. Daging lembu yang diproses daripada daging babi sebab lebih murah. Mereka menggunakan extrak daging lembu dan glazing agent untuk memerap daging berkenaan. Ianya boleh menyebabkan keracunan, kecacatan dan kanser.
  4. Kacang hijau datangnya dari kacang soya, ditambah dengan pewarna hijau dan natrium metabisulfite (digunakan sebagai peluntur dan bahan pengawet). Pewarna boleh menyebabkan kanser, dan juga menghalang keupayaan badan untuk menyerap kalsium.
  5. Susu Formula Bayi  dimana susu formula yang terkandung sangat sedikit nutrient dan diperbuat daripada kapur yang boleh menyebabkan kepala anak-anak  membengkak dan seluruh tubuh sakit.
  6. Garam Industrial yang tidak sesuai untuk kegunaan manusia dijadikan sebagai garam untuk makanan. Garam industri boleh menyebabkan masalah mental dan fizikal, seperti masalah hypothyroid dan gangguan sistem peranakan.
  7. Lumpur dijadikan sebagai lada hitam manakala lada putih dibuat daripada tepung.
  8. Mee terdiri daripada jagung dengan dakwat industri yang digunakan untuk memberikan warna.
  9. Ginseng dengan didihkan akarnya dengan gula untuk memberatkan timbangan.
  10. Beras plastik hasil gabungan dengan kentang dan resin sintetik.


No comments:

Post a Comment