Facebook Fan

Monday, 15 February 2016

Meningkatkan Kecerdasan Bayi

Ibu bapa yang mengharapkan anaknya memiliki IQ yang tinggi hendaklah memulakan usaha dengan meningkatkan kecerdasan anak dari sejak bayi dalam kandungan lagi. Makanan kesihatan untuk si ibu seperti ikan tuna, salmon dan ikan tawar yang mengandungi tinggi lemak omega 3 dan DHA mampu membantu meningkatkan perkembangan otak bayi dalam kandungan secara optimum. Namun makanan kesihatan tidak boleh membantu sepenuhnya tanpa usaha-usaha lain seperti aktiviti berikut;

1. Ransangan Visual
Melihat gambar dan menikmati keindahan alam untuk membantu bayi merasai apa yang anda rasakan. Tujuannya ialah menggunakan otak kanan untuk memberi impak positif kepada perkembangan janin. Ketenangan yang diamati itulah akan merangsang peningkatan IQ pada bayi anda.

2. Ransangan Audio
Bayi dalam kandungan mampu mendengar apa yang berlaku di dunia luar. Anda boleh mengajak berbual dengan bayi pada usia kehamilan 23 minggu. Ibu hamil hendaklah juga mendengar melodi yang menenangkan atau mendengar alunan ayat suci al quran.

3. Rangsang Cahaya
Menurut kajian yang dilakukan dalam Journal of the American Academy of Child & Adolescent Psychology bahawa cahaya lembut di sekitar perut ibu akan mampu merangsang bayi. Elakkan didedahkan cahaya yang terlalu terang kerana akan menggangu keselesaan bayi anda. Ketika anda merasakan gerakan yang ditimbulkan oleh bayi, mungkin menunjukkan satu respon rasa tidak selesa dari bayi anda.

5. Ransangan Fikiran
Emosi dan mental si ibu perlu dijaga kerana tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan kedua-dua ibu dan anak terutamanya ketika saat hamil. Beberapa kaedah untuk menghindari tekanan seperti beriadah dan bercuti mampu meningkatkan kecerdasan anak anda.

No comments:

Post a Comment