Facebook Fan

Tuesday, 2 February 2016

Penyakit Kawasaki (Lidah Strawberi)

  
Sekiranya lidah berbentuk strawberi ianya merupakan penyakit Kawasaki  juga dikenali sebagai sindrom Kawasaki, sindrom nodi limfa dan sindrom nodi limfa mucocutaneous. Ianya merupakan penyakit autoimun di mana saluran darah (saiz sederhana) seluruh badan mengalami keradangan. Sering berlaku pada kanak-kanak di bawah lima tahun. Ia memberi kesan kepada sistem organ termasuk saluran darah, kulit, membran mukus, dan nodi limfa. Di samping dapat dikesan dengan melihat struktur lidahnya, penyakit ini mudah dijangkiti dengan masalah kulit dan konjunktiva mata dan membran mukus mulut menjadi merah dan radang.

Namanya diambil sempena kes yang ditemui pada tahun 1967 oleh Tomisaku Kawasaki di Jepun. Di Amerika Syarikat, 1% daripada pesakit berkenaan berisiko maut jika tidak mendapatkan rawatan biasanya berlaku pada 6 minggu pertama. Manakala 0.16% mengalami kematian kepada kes-kes yang pernah mendapatkan rawatan. Kanak-kanak yang tidak mendapatkan rawatan biasanya demam lebih 10 hari dan boleh mencecah hingga ke 25 hari.

Sumber Gambar
www.kdcanada.org
www.healthadvisors.xyz

No comments:

Post a Comment