Facebook Fan

Thursday, 17 March 2016

Ikhtiar Penyembuhan Vericose Veins



Vericose Vein dan Spider Vein adalah pada kumpulan yang sama. Individu berkenaan akan mengalami lenguh di di kaki, buku lali bengkak, kebas dan gatal sebagai tanda-tanda awal masalah aliran darah vena. Masalah varicose veins berkait rapat dengan genetik, umur tua, jantina (55% wanita), kehamilan, obesiti, kekurangan pergerakan dan trauma kaki. Ada kalanya masalah ini bersifat sementara sahaja.

Jika tidak dirawat,
Varicose Veins boleh menyebabkan perubahan warna kulit, rasa berat atau rasa terbakar dan berbonjol bonjol di bahagian yang terlibat.
 
 
Untuk usaha merawat, terapis alternatif mencadangkan senaman, berbekam di point-point tertentu, minyak sapuan serta pemakanan. Seandainya anda ingin mengurut, anda boleh gunakan minyak zaitun yang dipanaskan (tidak terlalu panas yang menjejaskan kulit). Urut dari buku lali keatas hingga ke bahagian abdomen pelvic. Urutan lembut dan berputar dikawasan terjejas juga (tidak urut keras). Lakukan setiap hari dalam seminggu untuk melihat perubahannya. Kaedah urutan sengkak di bahagian perut juga mengurangkan tekanan urat saraf pada bahagian kaki.

Selain itu, saya berikan tiga petua pemakanan yang mudah untuk anda.

PETUA 1
½ cawan lobak merah dicincang (anti oksidan)
3 sudu besar. aloe vera gel (anti radang kulit)
½ cawan cuka epal cider (anticoagulant atau pencair darah)

Penyediaan:
Campur dan blend sehingga lumat. Letak pada bahagian yang terjejas. Biarkan selama 30 minit. Kemudian dibersihkan dengan air suam. Selepas tu kaki anda berada di atas lebih tinggi dari badan untuk memudahkan pengaliran darah vena ke jantung. Kalau nak urut, urutlah ketika dalam posisi ini. Arah urutan hendaklah ke arah jantung

PETUA 2
Rebus kacang hijau dengan air (sahaja) yang mencukupi. Guna api perlahan-lahan ketika merebus. Minum airnya untuk mengurangkan benjolan urat tersebut kerana mampu meningkatkan produksi sel darah dan memperbaiki sel tubuh yang rosak.

Kandungan rebusan kacang hijau mempunyai serat yang tinggi, zat besi, protein, Omega 3 & 6, dan pelbagai vitamin yang berkhasiat untuk tubuh seperti vitamin A, B6, D dan E. Ianya juga baik untuk masalah anemia, kesihatan kulit, mata dan rambut malah sesuai untuk ibu hamil dan kecerdasan kandungannya.

PETUA 3
5 ulas bawang putih kasi hiris atau ketuk (untuk meningkatkan kualiti peredaran protein ke bahagian bawah tubuh badan)
3 oren (dalam bentuk jus)
2 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan:
Masukkan semua dalam balang kaca tertutup dan menyimpan campuran tersebut selama 12 jam sebelum menggunakannya.

Selepas tu goncang sebelum menyapu ke bahagian yang terjejas dengan urutan berputar. Kemudian balut/bandage dengan kain panas di atas kawasan yang terjejas untuk menyerap haba ke bawah lapisan kulit. Ulangi rawatan setiap malam dengan menngunakan minyak yang sama. Minyak dah habis, buat lagi k.

1 comment: