Facebook Fan

Monday, 21 March 2016

Teknik Urutan Kuno Jin Shin Jyutsu

Jin Shin Jyutsu merupakan teknik penyembuhan kuno berasal dari Jepun berdasarkan kepercayaan mereka bahawa setiap jari tangan  menghubungkan 2 organ dalaman badan. Mereka percaya bahawa terdapat beberapa titik ransangan  jari dapat mengekalkan keseimbangan tenaga badan, dan seterusnya menggalakkan kesihatan fizikal disamping melegakan tekanan serta mengimbangi emosi. Kaedah penyembuhan terapi jari ini hanya memakan masa 5 minit untuk mendapatkan hasilnya. Menarik bukan?

Apa maksud Jin Shin Jyutsu?
JYUTSU - Seni
SHIN - Pencipta
JIN – Yang Mengetahui dan Belas Kasihan
Kesimpulannya bermaksud Seni Pencipta Yang Mengetahui dan Belas Kasihan

Menurut catatan manuskrip purba di Arkib Istana Imperial di Jepun, Jin Shin Jyutsu telahpun dikenali sejak sebelum kelahiran Gautama Buddha, sebelum kelahiran Nabi Musa, dan sebelum zaman Kojiki. Jin Shin Jyutsu telah dijumpai semula oleh Master Jiro Murai pada awal abad ke-20.
Master Jiro Murai
Menurut satu kajian di Pusat Kanser Markay, pesakit yang menjalani terapi jari dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Sebab itulah kenapa bayi cenderung menghisap ibu jari. Ini kerana bayi berasa selesa dan tenang apabila menghisap jari.

Jin Shin Jyutsu memerlukan urutan lembut atau genggaman pada jari jemari kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi kuasa minda, fizikal, dalaman dan semangat. Jari mempunyai titik refleksi yang menghubungkan emosi seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini. Genggam jari yang berkaitan dengan masalah anda selama 3-5 minit sambil melakukan senaman pernafasan dalam. Kalau anda stress bekerja, bolehlah pegang ibu jari anda sewaktu baring hendak tidur

Berikut merupakan kaitan jari jemari dengan organ tubuh kita;
Sumber: www.healthpedia.us
Ibu Jari
Organ: limpa dan perut
Emosi: kemurungan, gemuruh dan kebimbangan
Gejala fizikal: sakit kepala, masalah kulit, gementar, sakit perut

Jari Telunjuk
Organ: buah pinggang, pundi kencing
Emosi: kekeliruan, rasa tidak puas hati, takut
Gejala fizikal: masalah pencernaan, sembelit, sakit otot, sakit gigi, sakit rahang, artritis, sakit belakang

Jari Tengah
Organ: hati, pundi hempedu
Emosi: cepat marah, geram, sukar membuat keputusan
Gejala fizikal: masalah peredaran darah, sakit kepala (terutama di bahagian depan-dahi), migrain, masalah mata, keletihan, mati pucuk, kesuburan dan gangguan haid.

Jari Manis
Organ: paru-paru, usus besar
Emosi: takut, sangkaan bukan-bukan (tiada harapan), kesedihan, hilang pertimbangan
Gejala fizikal: masalah kulit, telinga berdesing, isu-isu pencernaan, asma dan masalah pernafasan yang lain

Jari Kelinking
Organ: jantung, usus kecil
Emosi: kebimbangan, ketakutan, kurang keyakinan diri
Gejala Fizikal: masalah saraf dan peredaran darah, penyakit jantung, masalah tulang, sakit tekak

Telapak Tangan
Organ: Diafragma & pusat
Sumber tenaga kepada fungsi-fungsi di atas.

No comments:

Post a Comment