Facebook Fan

Wednesday, 20 April 2016

Sakit Lutut bukan berpunca dari Lutut

Patellofemoral Pain Syndrome (PFPS) merupakan situasi biasa  yang ditemui dalam amalan ortopedik. PFPS berkait dengan kedudukan lutut yang berpunca gangguan atau kesilapan tenaga mekanik antara tempurung lutut dan tulang paha seperti ketika menaiki/menuruni tangga, berjalan, melutut, mencangkung dan sebagainya. Punca PFPS tidak selalunya berpunca terus di lutut. Berikut adalah senarai 7 sebab biasa yang menyebabkan sakit lutut.
Sumber gambar: www.recoveryphysio.co.nz
1) Pinggul lemah membebankan imbangan badan beralih ke lutut. Masalah pada wanita lebih ketara kerana sudut pinggul mereka lebih luas.

2) Regangan terhad buku lali menyebabkan gaya berjalan tidak betul. Ini seolah-olah lutut yang mengemudi pergerakan dan meletakkan lutut dalam kedudukan yang janggal apabila melakukan tugas-tugas seperti menuruni tangga dan mencangkung.

3) Masalah tulang belakang seperti stenosis, artritis atau herniated/slip disc dari L3(ke medial knee)-L4(ke anterior knee)-L5(ke posterior knee) boleh mendorong  kesakitan turun ke lutut.

4) Jaluran otot-otot peha yang menyambung pelvis kepada bahagian lutut memang banyak. Otot yang tegang dan lemah membuatkan lutut tidak bermaya dan berbunyi.

5) Paling unik, ibu jari kaki yang sukar dilentur boleh menyebabkan sakit lutut. Anda boleh test.

6) Berat Badan Berlebihan

Kondisi biasa yang biasanya berpunca masalah pada lutut itu sendiri, diantaranya ialah;

1) ACL (Anterior Crucite Ligament) iaitu ligamen koyak dalam lutut. Urutan tidak dapat membantu anda.

2) Swelling / Knee Effusion iaitu cecair berlebihan yang terkumpul membengkak dalam lutut, biasanya disebabkan kemalangan. Kondisi ini juga dinamakan prepatellar bursitis.

3) Osteoarthritis iaitu proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan pelincir (sinovial) berkurangan. Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping boleh menghasilkan tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

3 comments:

  1. Terima kasih. Maklumat mengenai urutan Terapi Qun di senaraikan di http://www.qaasoo.com/listing/urutan-terapi-qun/

    ReplyDelete