Facebook Fan

Wednesday, 15 June 2016

Bagaimana Hendak Mendapatkan Aura Solat


Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan dalam pembelajaran aura solat ialah menerangkan dalam bentuk teks tanpa panduan guru. Jika tanpa panduan guru, ianya boleh dipandang mencipta-cipta sesuatu yang baru dalam ibadah solat. Beberapa persoalan yang perlu dijawab yang berkaitan dengan aura solat iaitu seperti dibawah;

Apakah itu Aura Solat?
Aura ialah bentuk tenaga yang tidak kelihatan tetapi wujud. Jika sumbernya dari ibadah solat, maka ia dinamakan Aura Solat.

Bagaimana tenaga dapat dirasai?
Anda berasa segar dan bertenaga selepas menunaikan solat. Jika dua telapak tangan didekatkan dan digerakkan, wujud sesuatu berbentuk gelombang yang kuat.

Bagaimana kami boleh memperolehi aura solat?
Anda boleh memperolehinya jika anda mendapat ketenangan (khusyuk) dan kemanisan bersolat.

Bagaimana untuk mendapatkan ketenangan dan kemanisan bersolat?
Anda boleh mendapatkannya jika melakukan solat secara tamakninah dan anda sedar (peluang) apa yang anda doakan dan sedar menyembah Allah ketika solat.

Saya melakukan tamakninah dan memahami apa yang saya baca, tetapi saya tidak merasai kemanisan bersolat?
Anda mungkin tamakninah dari pergerakan rukun, tetapi tidak bertenang dari aspek melafaz ayat.
Anda juga mungkin memahami apa yang dibaca, tetapi anda sebenarnya tidak benar-benar meminta apa yang anda baca/fahami. Ianya seolah-olah membaca teks tanpa penghayatan.

Perlukah bertenang dalam lafaz ayat-ayat solat?
Ketenangan tidak dianggap sebagai satu rukun solat, tetapi tanpa ketenangan, anda mungkin tidak dapat apa yang dikatakan aura solat.

Bagaimana caranya bertenang dalam lafaz ayat-ayat solat?
Caranya ialah melalui pernafasan. Sama seperti menghayati membaca al-Quran perlulah menguasai pernafasan. Begitu juga bagaimana atlit sukan di gelanggang perlu mendapat ketenangan. Sama juga dengan artis atau pemidato perlu mendapat ketenangan di atas pentas. Tidak lain tidak bukan ialah dengan mengawal pernafasan.

Bagaimana caranya olahan pernafasan dalam solat?
Caranya tidak ditentukan secara khusus. Asalkan anda boleh membaca ayat dengan memahami, menghayati satu persatu dan gerakan bertamakninah dengan kawalan pernafasan. Jika olahan pernafasan menganggu pembacaan ayat atau menyebabkan lupa rakaat atau rukun, maka kaedah olahan pernafasan anda tidak betul dan mungkin keterlaluan.

Jika caranya tidak ditentukan khusus, bagaimana hendak mempelajarinya?
Ya caranya tidak sama diantara sesama individu. Cara saya ialah tidak semestinya perlu anda ikuti. Maka terpulang kepada anda untuk mengawal pernafasan dengan cara anda sendiri. Bagaimanapun, sebaiknya anda lakukan dalam solat sunat seorang diri sebagai percubaan. Ini bagi mengelak kelewatan mengikuti imam atau berlaku kesilapan bersolat.

Apakah aura solat manfaat dalam perawatan?
Aura solat sesuai boleh digunakan dalam rawatan minda, emosi, kerohanian dan fizikal, ia mempunyai nilai tambah yang berkesan dengan izin Allah swt.

1 comment: