Facebook Fan

Sunday, 24 July 2016

Ikhtiar Melegakan Sakit & Menguatkan Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Osteoporosis dikenali sebagai tulang rapuh dan poros yang boleh menyebabkan risiko tulang retak dan patah dengan lebih mudah. Masalah tulang rapuh dikalangan orang tua adalah perkara biasa kedengaran sebagai faktor umur. Bagaimanapula dikalangan orang muda? Ya tidak mustahil dan wujud dikalangan mereka!

Ianya mempunyai kaitan dengan kekurangan kalsium dan vitamin D serta sistem tiroid/paratiroid yang terlalu aktif dan juga masalah kelenjar adrenal. Biasanya dihadapi oleh 1/3 wanita terutamanya golongan menopause. Osteoporosis sukar dikesan jika tiada pemeriksaan atau terjadinya berlaku retakan tulang dengan mudah. Untuk menguatkan tulang dari kerapuhan atau retakan, pemakanan ubi kayu kuning dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..

Sumber foto: Warisan Petani
Sesetengah kes retakan tidak dapat dikesan tetapi pesakit boleh merasai kesakitan. Misalnya retakan dibahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk yang serius. Untuk melegakan rasa sakit, boleh ikhtiar menggunakan amalan sapuan campuran garam dan minyak zaitun. Walaupun artikel asal merujuk kepada masalah osteoporosis tulang belakang cervical (bahagian tengkuk), tetapi tidak salah mencubanya pada bahagian-bahagian tulang yang mengalami kesakitan. Terdapat sebahagian pendapat mengatakan selepas penggunaannya, tidak akan berasa sakit selama beberapa tahun.
www.healthylifevision.com
Pesakit perlu mengambil 10 sudu besar garam biasa dan 20 sudu besar minyak zaitun (virgin olive oil). Campurkan minyak dan garam dalam botol berkaca yang ditutup. Simpan selepas beberapa hari, sehinggalah membentuk campuran yang berkilat.

Setiap pagi perlu sapukan campuran ini dengan urutan pada tempat yang sakit. Mulai urutan 2-3 minit pada hari pertama, dan setiap hari menambah lagi 2-3 minit. Sekiranya mempunyai masa, urut selamat 20 minit. Selepas urut, lap dengan tuala basah dan hangat. Boleh juga berlaku kerengsaan kulit. Oleh itu perlu lap dengan kain kering dan taburkan bedak bayi untuk menyejukkan kulit.

Amalkan selama 10 hari berturut-turut untuk merangsang peredaran darah dan difahamkan dapat meningkatkan pertumbuhan semula otot tulang rawan dan tisu tulang. Selepas itu pesakit akan melihat perubahan yang nyata.

Selain kerengsaan kulit, kesan sampingan sementara lain ialah boleh berasa mengantuk sedikit atau pening, tetapi ia tidak berlaku kerap.

No comments:

Post a Comment