Facebook Fan

Tuesday, 23 August 2016

Bahaya produk sayuran GMO

Sumber Foto: lifehealthandbeauty.com

Sayur-sayuran sangat penting untuk kesihatan kita terutamanya sayuran organik. Bagaimanapun menjelang pelbagai variasi produk sayuran GMO, ianya mewujudkan pilihan kepada masyarakat.

GMO merupakan terma singkatan dalam Bahasa Inggeris iaitu Genetically Modified Organisms. Buah-buahan atau sayuran yang dihasilkan melalui GMO telah melalui proses makmal (bioteknologi) di mana gen dari DNA yang di ekstrak,  sama ada daripada bakteria, virus, serangga, haiwan atau manusia. Dipercayai sejak 1970an lagi, GMO dilaksanakan untuk mempercepat dan menjimatkan produksi. Kalau di Amerika Syarikat, lebih daripada 80% daripada semua makanan yang diproses telah diubah suai secara genetik termasuk kacang soya.

Tujuan GMO
Mereka menghasilkan produk ini diatas sebab dibawah;
1. Mengubah gen tumbuhan supaya tahan kepada serangan penyakit dan serangga.
2. Memperpanjangkan hayat atau tarikh luput sayuran dan buahan.
3. Meningkatkan kualiti produk dengan meningkatkan nilai nutrisi tertentu secara customized.
4. Memperolehi kuantiti produktiviti yang lebih tinggi
5. Menjimat masa menunggu untuk mendapatkan hasil tanaman

Kesan-kesan GMO
Banyak negara Eropah mengharamkan produk GMO seperti Perancis, Jerman, Luxemburg, Greece, Hungary dan Austria. Kebanyakan negara pengimport didunia telah mengehadkan makanan yang mengandungi tahap kecemaran yang melebihi julat 1-5 peratus GMO adalah tidak dibenarkan. Sesetengah negara pula membenarkan makanan yang mengandungi GMO dijual tetapi perlu dilabelkan `mengandungi GMO'. Ramai yang percaya pengubahsuaian genetik mendatangkan lebih banyak kesan keburukan berbanding kebaikan. Kesan-kesan buruk GMO dapat dilihat dalam jangka masa panjang, iaitu seperti berikut;
  1. Risiko Alahan. Itu sebab kebanyakan kes kesihatan alah dengan kekacang kerana sengaja menambah protein dalam kandungannya.
  2. Risiko Kanser. Produk daging/tenusu disuntik dengan hormon pembesaran yang boleh diserap kedalam badan dan darah manusia.
  3. Kandungan nutrisi makanan GMO hilang keaslian, ada pertambahan dan ada pengurangan.
  4. Membunuh serangga pendebungaan. Serangga dan lebah yang terlibat dalam sistem pendebungaan dan ekosistem boleh mati jika cuba mendapatkan makanan dari tumbuh-tumbuhan GMO kerana tumbuh-tumbuhan berkenaan mampu mengeluarkan racunnya sendiri untuk membunuh serangga.  
  5. Tumbuhan GMO mampu menjangkiti spesis asli tumbuhan berkenaan dengan cara mendebunga tumbuhan asli berkenaan. Ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap tumbuhan asli yang dicemari gen GMO.
Mengesan Produk GMO
Masyarakat mulai sedar pentingnya sayuran semula jadi atau organik untuk hidup kehidupan kesihatan. Bagaimana caranya untuk mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran GMO? (informasi dibawah diambil sumber dari halaman web US)

Pelabelan Dan Pengkodan
Buah-buahan dan sayur-sayuran GMO dilabelkan dengan kod empat digit manakala buah-buahan organik dan sayur-sayuran dilabel dengan kod yang terdiri daripada lima digit.

Permulaan Kod Nombor
Sayuran Organik diberi kod lima digit yang sentiasa bermula dengan nombor 9. Produk GMO diberi kod empat digit sentiasa bermula dengan nombor 8.

Produk Amerika Syarikat
Setiap benih atau tumbuhan seperti jagung, kacang soya dan kentang dari Amerika Syarikat, 80% adalah GMO.

No comments:

Post a Comment