Facebook Fan

Monday, 22 August 2016

Bila waktu sesuai makan buah-buahan?

sumber foto: www.philstar.com

Kalau kita pergi ke hotel-hotel, ada disediakan minuman jus dan buah-buahan. Kita semua berfikir makan berat dulu, selepas itu disusuli minum jus atau buah-buahan sebagai pencuci mulut. Apakah cara ini betul untuk makan buah-buahan?

Sebenarnya buah-buahan yang berkhasiat hendaklah makan ketika perut kosong! Jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong, ia akan memainkan peranan utama untuk menyahtoksik sistem tubuh serta membekalkan banyak tenaga, ikhtiar penurunan berat badan dan segar melakukan aktiviti kehidupan lain.

Jika anda makan nasi atau roti terlebih dahulu, buah-buhan akan terhalang menyebabkan berlaku penapaian hingga bertukar kepada asid. Ini akan merosakkan pemakanan yang terkandung dalam perut.

Pernahkah anda mendengar “saya makan tembikai saya akan sendawa” dan pergi ke tandas selepas makan buah-buahan. Sebenarnya semua ini tidak akan timbul jika anda makan buah-buahan pada kosong perut. Apabila minum jus buah-buahan, amalkan pengambilan jus dari buah-buahan segar. Bukan dari tin, pek atau botol. Jika minum jus yang telah dipanaskan dan dimasak, boleh menyebabkan zat dan vitamin berkurangan. Setiapkali minum jus hendaklah minum secara perlahan-lahan untuk memastikan campuran air liur (bukan berkumur) sebelum menelan. Ingat! Perut yang sihat membuatkan wajah anda berseri!

No comments:

Post a Comment