Facebook Fan

Friday, 5 August 2016

LATAR BELAKANG TERAPI QUN


PENGENALAN TERAPI QUN

Terapi Qun (UTQ) mula diasaskan oleh Qun Hisham pada tahun 2014 yang mengambil intipati kepelbagaian kaedah rawatan tradisional dan alternatif untuk menangani masalah sakit fizikal dan dalaman. Ianya merupakan teknik rawatan secara zahir yang mempopularkan metod Terapi Pembetulan Postur sebagai ikhtiar penyembuhan kepelbagaian penyakit.  Tujuan metod ini diperkenalkan ialah untuk mengesan masalah dengan lebih mudah, mengenalpasti ikhtiar yang digunakan, mengurangkan penggunaan tenaga juruterapi dan membenarkan sistem tubuh sendiri merawat masalah kesihatannya.

Metod ini mengambil kepelbagaian bentuk regangan yang mana diantaranya sudahpun diguna pakai oleh masyarakat terdahulu. Banyak ilmu-ilmu mereka tidak sempat diperturunkan kepada ramai pewaris, kerana sukarnya mendapatkan murid yang faham adab berguru dalam konteks ketaatan, kesungguhan dan keikhlasan. Akhirnya banyak ilmu tersimpan turut terkubur bersama mereka.

Terapi Qun boleh digabungkan dengan kaedah perubatan tradisional yang lain atau moden tanpa perlu meninggalkan salah satunya. Dengan ini juga dapat menarik perhatian pengamal perubatan tradisional sedia ada kerana mereka tidak perlu meninggalkan amalan pengubatan turun temurun, malah memperkasakan lagi nilai amalan mereka sedia ada. Selain itu, selaras dengan syariat, penerimaan masyarakat dan perubatan moden, amalan UTQ terhindar dari unsur mentera dan penggunaan tangkal.

LATAR BELAKANG PENGASAS

Qun Hisham dilahirkan pada tahun 1972 berasal dari Teluk Intan, Perak dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai bakat mengurut sejak berusia remaja, tetapi keluarganya bukan dikalangan mereka yang terlibat dalam bidang rawatan atau urutan. Beliau mula mempelajari urutan dengan secara tidak formal dari satu guru ke satu guru di kampung-kampung. Bagaimanapun beliau merasakan ada kekangan dan kekurangan di mana terlalu banyak rahsia dan teknik urutan tersimpan atau hilang membuatkan ianya lambat berkesan dan kurang berkembang dalam perubatan tradisional.

Kemudian Qun Hisham terus mengambil inisiatif bertahun-tahun berguru, mencari dan mengumpul bahan kajian dari pelbagai sumber untuk memastikan rahsia ilmu urutan dan terapi tidak terus kekal rahsia. Sedangkan rahsia ini menjadi kunci kepada pembuka jalan penyembuhan. Malah dengan kunci itu, pengamal yang biasa-biasa juga boleh merawat seperti seorang yang bertaraf guru. Hasilnya, beliau menemui metod rawatan yakni urutan “Reverse Stimulation Healing” dan Terapi Pembetulan Postur sebagai tagline kepada Urutan Terapi Qun.

Setelah yakin akan potensi keberkesanan metod tersebut, beliau bercita-cita ingin berkongsi ilmu kepada orang ramai agar impiannya 1 keluarga 1 perawat tercapai. Beliau juga berusaha melaksanakan satu reform mengubah tanggapan umum yang selama ini mereka sangkakan urutan merupakan satu kerjaya tidak menguntungkan, berkelas rendah dan memenatkan. Justeru, Qun Hisham mulai dengan langkah menumpukan kepada kejurulatihan urutan terapi sejak penghujung tahun 2015. Kini dalam tempoh 3 tahun, beliau mengajar seluruh tanahair dan sekurang-kurangnya 1200 penuntut yang sudah mengikuti program yang diperkenalkannya. Selain rakyat tempatan, mereka yang mengikuti kelasnya juga terdiri daripada warga Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina. Beliau juga terlibat dalam persatuan perubatan alternatif dimana beliau merupakan Setiausaha kepada Persatuan Pengamal Terapi Pembetulan Tulang Belakang Melayu Malaysia (sehingga 2019). Karya-karya Qun Hisham berkenaan informasi kesihatan dan kepelbagai kaedah urutan juga boleh didapati di website urutanqun.blogspot.my dan Facebook Urutan Terapi Qun.


TERAPI QUN DALAM PEMBETULAN POSTUR

Pembetulan postur menjadikan asas falsafah pengubatan yang disarankan oleh Qun Hisham untuk membenarkan keseimbangan sistem tubuh merawat tubuh pesakit tu sendiri secara alami. Qun Hisham berpendapat banyak masalah kesihatan ini sebenarnya banyak berpunca daripada sistem postur atau musculoskeletal yang tidak seimbang dan tidak berfungsi dengan baik. Pembetulan Postur, Kesihatan Teratur!

Antara modul utama Terapi Qun dalam pembetulan postur ialah pembetulan tulang belakang dan pinggul. Rawatan pembetulan tulang belakang dan pinggul amat penting kerana ianya mengundang kepada 1001 jenis sakit yang boleh diceritakan kerana membabitkan saraf tunjang. Menurut artikel Fact sheet N ̊384 `Spinal Cord Injury’ yang diterbitkan oleh World Health Organization pada November 2013, setiap tahun di seluruh dunia, seramai 250,000 dan 500,000 orang mengalami kecederaan saraf tunjang. Menurut artikel berkenaan, orang yang mempunyai kecederaan saraf tunjang berisiko mati lebih awal sebanyak dua hingga lima kali lebih daripada orang yang tiada kecederaan saraf tunjang. Salah satu punca yang menyumbang kepada masalah ini ialah cara bekerja terutamanya mereka yang bekerja memandu, bahagian panel operator, mengangkat barangan berat dan sebagainya. Adakalanya mereka tidur berjam-jam dalam keadaan duduk yang boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk pada tulang belakang. Menurut Dr. Nurul Azwa Mohamad Noor dari Hospital Pakar Ampang Puteri,  jika berlaku masalah mengenai sakit tulang belakang, ianya mengundang kepada 1001 sakit yang boleh diceritakan. Terutamanya golongan pekerja yang sering berisiko kepada suasana kerja yang boleh mendatangkan masalah kepada postur tubuh. Postur tubuh badan manusia terganggu bergantung bagaimana kita mengurus baik ergonomik dalam kehidupan seharian. Misalnya  mereka yang duduk berjam-jam di depan operator panel, tidurpun dalam keadaan duduk. Memanglah tidak ergonomik. Ergonomik merupakan bagaimana untuk pekerja menyesuaikan tugas dan persekitaran kerja. Salah satu penyakit kritikal yang berkaitan dengan masalah ergonomik adalah Occupational Muscular Skeletal Disorders (OMSD). Kesan penyakit OMSD adalah suatu keadaan yang mengganggu fungsi sendi, ligamen, otot, saraf dan tendon, serta tulang belakang yang mengakibatkan rasa sakit dan mengurangkan kemampuan untuk bergerak dalam melakukan kerja rutin setiap hari. Menurut PERKESO mereka menerima banyak laporan cuti sakit melebihi 200 hari. Semua pekerja yang dapat cuti sakit 200 hari dikategorikan Hilang Upaya Sementara. Lebih 50% sakit dibahagian belakang (lumbar) dan tengkuk. Terdapat satu kajian. pesakit OMSD yang cuti melebihi 6 bulan, barangkali kembali mula bekerja ialah 50% sahaja. Sudah tentunya ini merugikan syarikat kerana kehilangan pekerja mahir dan malah diri sendiri mengalami kerugian hilang pekerjaan.

Di atas rasa perlunya pesakit ini perlu dirawat, Terapi Qun menjadi alternatif buat mereka yang inginkan pilihan dalam pengubatan. Untuk menzahirkan keselesaan kepada pesakit juga, Terapi Qun menerapkan nilai-nilai kasih sayang dan kelembutan tanpa apa-apa kejutan atau gerakan yang keras. Untuk memperkukuhkan postur juga, Terapi Qun mengutamakan stimulasi otot-otot untuk diperkuatkan dan mengukuhkan kedudukan strukur tulang yang terlibat.


TERAPI QUN DALAM INSAN DAN IHSAN

Selain daripada Urutan Terapi Qun, Qun Hisham juga memperkenal dua modul rawatan berbentuk kerohanian. Qun Ihsan menumpukan kepada rawatan dalam ibadah yang kebiasaan dilakukan oleh masyarakat. Manakala Qun Insan ialah rawatan yang menggunakan energi diri untuk kerja-kerja pemulihan. Setakat ini Qun Hisham memperkenalkan ketiga-tiga modul utama ini untuk rawatan penyakit fizikal dan dalaman, dan tidak memberi penumpuan kepada masalah gangguan jin atau ilmu ghaib. 


*dikemaskini pada 17 Okt. 2018

5 comments:

  1. terbaik qun.alwei here ta so much

    ReplyDelete
  2. terbaik qun.alwei here ta so much

    ReplyDelete
  3. Sebelah ppinang ada buat kursus ni tak

    ReplyDelete
  4. Adakah dengan menghadiri satu kursus dh blh jd pndai?
    Lps kursus pertama..ada kursus kedua plak ke?

    ReplyDelete