Facebook Fan

Wednesday, 24 August 2016

Mastitis atau Bengkak Susu

Mastitis ialah radangan payu dara yang membengkak kemerahan terutamanya dikalangan wanita baru bersalin. Terdapat kes-kes yang jarang berlaku, iaitu dikalangan anak kecil atau bayi dan lelaki dewasa. Puncanya mungkin disebabkan jangkitan bakteria atau saluran susu tersumbat.

Kebiasaannya mereka akan menuam panas di payu dara hingga susu mudah keluar dan mengepam sebanyak mungkin agar susu dapat dikeluarkan. Itu adalah perkara biasa yang diamalkan disamping mengurut lembut di keliling payu dara.

Beberapa tip lain yang bertujuan untuk merawat mastitis yang boleh dikongsikan disini iaitu;
  1. Mengamalkan mandian air panas dengan hot shower di bahagian dada.
  2. Memakaikan kobis di bahagian payu dara yang menyejukkan. Lebih elok yang diambil dari peti sejuk. Tukar kobis sebaik sahaja layu.
  3. Mengamalkan bawang putih segar yang bersifat anti radang
  4. Sikat lembut untuk mengurut dari pangkal dada ke puting.
  5. Mengurut pangkal dada dan bahagian bawah ketiak untuk memudahkan melancarkan pengeluaran susu.
  6. Kalau demam amalkan vitamin C.
  7. Daun cekur yang ditumbuk halus untuk ditampal pada bahagian yang terlibat
  8. Sapu dengan cuka dan ragi tapai pada ketulan yang membengkak. Elakkan terkena puting. Lakukan 3x sehari.
  9. Sapu daun lada dengan kapur sirih (dengan shalawat, bismillah 5 dan Al-Qalam 1-2)
  10. Jika kesannya menyerupai barah, amalkan daun betik jantan muda, abu dapur dan sesudu kecil gula Melaka. Campurkan dengan air untuk disapu di permukaan payu dara. Amalkan juga ayat diatas.

No comments:

Post a Comment