Facebook Fan

Monday, 22 August 2016

Situasi Ideal Senaman Pernafasan

Sumber Foto: noeconnect.com
Senaman pernafasan boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa tetapi beberapa perkara yang digalakkan dan dicadangkan iaitu ;
  1. Waktu pagi, subuh atau sebelum subuh ketika tenaga persekitaran yang segar masih banyak tidak digunakan lagi (orang lain masih tidur)
  2. Berwudhuk
  3. Di tempat yang mengandungi kesegaran flora atau tumbuh tumbuhan alami.
  4. Jika tiada tempat sesuai, boleh dibuat dalam bilik dengan membuka tingkap (untuk menarik tenaga luar masuk).
  5. Didahulukan dengan senaman ringan untuk longgarkan otot dan sendi
  6. Emosi dan Minda rehat dan tenang untuk memudahkan pengisian (doa dan azam) yang baik.
  7. Dilengkapi dengan zikir Allah atau salawat nabi dsb.
  8. Jauhi dari berdekatan dengan orang sakit, bayi dan anak-anak kecil. Tetapi boleh dekati mereka selepas melakukan senaman pernafasan kerana mereka memerlukan tenaga dalaman anda.
  9. Jauhi dari barangan berlogam, beriadasi dan elektronik, melainkan barangan kemas.
Ini boleh mengurangkan rasa haba dalaman tubuh dan mengelak kesan-kesan negatif yang berlaku. Rasa panas tubuh biasanya berpunca daripada Solar Plexus iaitu area ulu hati (bersifat api). Boleh juga jarakkan atau hadkan waktu senaman pernafasan mengikut kemampuan. Perawat biasa memadai sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk senaman pernafasan sekali sehari mengikut keperluan penggunaan tenaga (dalaman) nya. Begitu juga dengan getaran elektrik dirasai di telapak tangan boleh dikawal dengan tidak berlebihan melakukan senaman pernafasan. Sekiranya berlaku, proses "grounding" perlu dilakukan dengan imiginasi mengalirkan aura dengan meletakkan telapak tangan ke bumi (lantai). Lakukan proses grounding secara kerap hingga rasa getaran berkurangan dan hilang.

Jika ada masalah anxiety tidak sesuai dilakukan pada waktu hendak tidur. Sesetengah kes membuatkan anda tidak boleh tidur. Secara peribadi saya tidak menggalakkan pengamal melakukan senaman pernafasan waktu hendak tidur. Tetapi anda boleh berehat fikiran sebelum tidur.

Selalu juga pengamal melakukan di waktu tengah hari. Namun jika tidak mampu menahan haba dari tenaga dalaman, tidak sesuai dilakukan pada tengah hari. Selain itu, pengamal juga perlu merehat dan menenangkan emosi dan mindanya jika dalam keadaan letih dan penat. Kedua-dua situasi ini (tengah hari & keletihan), pengamal hanya perlu melakukan senaman pernafasan ringkas sahaja.

No comments:

Post a Comment