Facebook Fan

Monday, 5 September 2016

Antibiotik vs Sistem Imun

sumber foto: health.kompas.com
Antibiotik digunakan untuk membunuh bakteria bagaimanapun sistem imun tubuh anda masih diperlukan untuk menyelesaikan pertempuran. Mana-mana bakteria yang tidak diatasi oleh antibiotik boleh menjadi lebih kuat melalui mutasi. Ini menyebabkan rintangan antibiotik dan semangat lawan bakteria makin kuat pada satu masa nanti.

Bakteria banyak berada dalam usus. Dalam usus ada bakteria yang baik dan ada yang jahat untuk mengimbangi dan menyokong fungsi imun. Tetapi antibiotik tidak dapat membezakan kedua-duanya dan boleh membunuh bakteria baik juga. Ini boleh menyebabkan bakteria jahat yang tertinggal boleh tumbuh bermaharajalela dan melepaskan toksik. Pemakanan yang tidak sihat dan minuman keras juga boleh menganggu keseimbangan bakteria baik dan jahat. Ketidakseimbangan bakteria boleh menyebabkan yis penumbuhan yg terlalu cepat.

Antibiotik hanya sesuai digunakan (dengan nasihat doktor), jika bertujuan menyelamatkan nyawa. Jika sistem imun anda tidak bekerja (lemah), antibiotik perlu menggantikan tugasnya. Salah satu cara meningkatkan sistem imun ialah dengan meningkatkan bilangan bakteria baik seperti Bifidobacteria dan lactobacilli (probiotik) adalah bakteria yang boleh menambah keseimbangan kepada usus. Kaedah urutan juga boleh dilakukan dengan stimulasi pada titik-titik sistem imunisasi tubuh (jika lemah).

Penggunaan antibiotik tanpa kawalan
Pada tahun 1965 terdapat lebih 25,000 produk antibiotik yang berbeza telah dibangunkan. Kerancakan industri ini mendorong kepada penggunaan berlebihan dan berterusan. Kesannya,  telah meningkatkan bakteria yang semakin kuat dan bermutasi. Maka timbullah senarai penyakit dan bakteria lain (baru) yang tidak berkesudahan seperti anthrax, Strep, Staph, E. coli dan Salmonella. Industri antibiotik mulai cari senjata baru (antibiotik lain) yang lebih kuat. Lagi kuat senjata, maka kemungkinan makin kuat ketahanan bakteria tersebut selepas itu.

Antibiotik akan membunuh 99% daripada bakteria yang terdedah tetapi meninggalkan nutrien yang jadi makanan untuk bakteria jahat yang masih bertahan untuk hidup. Kesannya bakteria jahat yang kebal makin cepat bertambah banyak dan tersebar

Pada tahun 1997, David Dacha, Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (CDC) pernah menimbulkan kerisauannya apabila dalam tahun-tahun kebelakangan ini, antibiotik telah menjadi kurang berkesan terhadap agen jangkitan, dan mereka mulai bimbang kalau kehabisan "senjata" pada masa akan datang.

Antibiotik mengambil alih tugas sistem imun tubuh
Dr Peter D'Adamo mengatakan bahawa ubat antibiotik telah mengambil alih tugas sistem imun. Anti biotik sekadar mengurangkan tahap jangkitan, sedangkan sistem imun masih diperlukan untuk menyelesaikan melawan penyakit. Jika sistem imun bekerja tanpa campurtangan antibiotik, ia mewujudkan memori antibodi jika berlaku masalah yang sama dan meningkatkan keupayaan melawan lebih berkesan masa akan datang. Jika bakteria semakin kuat, sistem imun kita akan menghantar senjata yang lebih kuat.

Jangkitan Yis
Dr D'Adamo juga mengingatkan antibiotik bukan saja boleh memusnahkan jangkitan, tetapi memusnahkan juga bakteria baik (flora usus yang sihat) dalam saluran penghadaman. Sebab itu ramai yang cirit birit selepas mengambilnya dan kerap kali masalah golongan wanita mengalami jangkitan yis seperti candida albicans.  Pil perancang hamil, ubat steroid, dan gula juga boleh mendatangkan jangkitan yis.

No comments:

Post a Comment