Facebook Fan

Wednesday, 28 December 2016

Lumpuh & Kesannya

Paraplegia dan Quadraplegia merupakan jenis lumpuh di sebahagian tubuh (kebawah) akibat kecederaan saraf tunjang. Biasanya berpunca daripada kemalangan. 25% berpunca selainnya seperti himpitan saraf, jangkitan kuman, tumor, kanser, kekurangan oksigen saraf tunjang dan kemalangan pembedahan. Tahap pemulihan adalah sangat terhad dan sukar bergantung kepada tahap kecederaan. Hemiplegia pula merupakan istilah stroke tidak termasuk kategori lumpuh. Stroke berpunca daripada penyumbatan atau kecederaan pada saraf otak,  bukannya pada saraf tunjang.

Paraplegia merupakan lumpuh sebahagian tubuh merangkumi beberapa bahagian di Thoracic. Biasanya berlaku di T4, T6, T10, T11 hingga boleh melibatkan sehingga L1 (bahagian teratas Lumbar). Selain itu terdapat lumpuh "Triplegia/Quadraplegia" yang merujuk kepada kecacatan hampir seluruh badan disebabkan oleh kecederaan pada tulang belakang bahagian Cervical. Biasanya berlaku C3 - C6. Apabila mangsa kerap terlantar, berlaku pula masalah kudis dibelakang badan akibat tekanan terlalu lama baring/duduk di permukaan tubuhnya.

Apakah tanda-tanda klinikal anda mengalami kecederaan saraf tunjang?
Terdapat banyak tanda-tanda dan gejala-gejala kerosakan saraf tunjang yang berkaitan dengan fisiologi, iaitu diantaranya ialah;
  • Gangguan Motor (pergerakan fizikal sama ada lumpuh atau lemah)
  • Rasa Sakit (sakit yang normal dan luar biasa seperti membakar, meradang atau menarik-narik)
  • Gangguan Kepekaan terhadap Ransangan Deria (tanpa sedari rasa Sakit/Cedera/Gatal/Terbakar/Kudis). Sesetengah mangsa pula mengalami masalah sensitiviti dan keseimbangan dengan persekitaran kerana terpaksa melihat kaki untuk mengetahui kedudukannya dan perlu melihat tangan untuk tujuan menggunakannya.

Adaptasi dari  O. Foerster and M. Maury:  http://cirrie.buffalo.edu/encyclopedia
Kawasan ujian yang biasa digunakan dalam menilai tahap kehilangan deria kulit dan kecederaan saraf tunjang ialah seperti gambar dibawah.
    Adaptasi dari  O. Foerster and M. Maury:  http://cirrie.buffalo.edu/encyclopedia
  • Kemaluan Dan Gangguan Seksual. Bagi lelaki, kecederaan pada T11, T12 dan L1 boleh menganggu enjakulasi dan perbankan sperma. Manakala perempuan, kecederaan pada bahagian lumborsacral  boleh menyakitkan sewaktu kehamilan dan kelahiran.
  • Gangguan bahagian pembuangan najis tanpa kawalan
  • Gangguan Pernafasan disebabkan oleh gangguan pada otot -otot organ sistem pernafasan.
  • Gangguan Autonomi Sistem Saraf seperti tekanan darah naik mendadak, berdebar-debar, berpeluh-peluh dan menggigil.
  • Gangguan peredaran darah juga boleh berlaku. Biasanya disebabkan oleh saliran vena terjejas untuk darah kembali ke jantung. Ini disebabkan oleh kelumpuhan otot-otot dan otot sekitar saluran darah kecil tidak lagi mengawal selia aliran darah.
Mangsa akan mengalami gangguan peredaran darah dan hemodinamik (tekanan darah), dimana aliran darah saraf tunjang telah menurun dengan ketara dalam tempoh 15 minit selepas berlakunya kecederaan saraf tunjang dan akan terus cepat merosot pada hari-hari berikutnya. Kecederaan boleh diburukkan lagi jika terdapat gangguan tekanan darah. Keradangan juga berlaku dimana sel-sel putih berkumpul dalam tempoh 8 hingga 24 jam selepas kecederaan. Ini fenomena keradangan yang menyebabkan edema.
    Admin: sekiranya ada kesilapan fakta, amat dialu-alukan untuk memaklumkan kepada kami. untuk diperbetulkan.

No comments:

Post a Comment