Facebook Fan

Wednesday, 7 December 2016

Masalah Edema


http://www.life-saving-naturalcures-and-naturalremedies.com
Edema, atau pengekalan air dalam badan merupakan masalah cairan terkumpul dalam tisu,  rongga atau sistem peredaran darah. Ianya kelihatan seperti bengkak air terutamanya di kaki,  pergelangan kaki, dan tangan. Kes ini sering berlaku pada wamita hamil atau pesakit yang dirawat dalam jangka panjang. Di antara penyebabnya ialah;
Berlebihan pengambilan garam yang mengandungi sodium dalam pemakanan dan perisa. Namun, sebaliknya garam Himalaya boleh membantu mengelak pengekalan air dalam tubuh.
Kekurangan vitamin B6 seperti ayam, tuna, dan pisang
Kekurangan kalium yang boleh diperolehi dari buah-buahan dan sayur sayuran.
Minum banyak air supaya sistem tubuh tidak cuba mengekalkan kandungan air dibahagian tertentu. Elakkan kopi dan minuman soda. 
Kekurangan magnesium merupakan salah satu faktor yang biasa dihadapi pesakit edema. Menurut satu kajian, 200 mg magnesium setiap hari menurunkan pengekalan air dalam wanita yang mempunyai masalah simptom pra-haid. Magnesium banyak diperolehi daripada avokado. kacang, bayam, yogurt dan sebagainya.
Penggunaan yang berlebihan makanan diproses juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang yang mendorong kepada masalah sistem kumbahan.
Selain itu, terdapat beberapa herba yang boleh memberi kesan positif dalam rawatan masalah ini seperti bawang putih dan daun parsley.
Manakala kaedah urutan yang sesuai ialah urutan limfatik yang mengurut kearah kelenjar nodi nodi limfatik.

No comments:

Post a Comment