Facebook Fan

Sunday, 1 January 2017

Salah Faham Berkenaan Refleksologi

Urutan Refleksologi adalah amalan perubatan alternatif menggunakan kaedah urutan di kawasan-kawasan tertentu (seperti kaki, telinga dan tangan) untuk memberikan kelegaan daripada kesakitan, meningkatkan peredaran, mengurangkan ketegangan dan menyediakan aliran tenaga yang seimbang untuk sistem tubuh manusia. Memandangkan refleksologi tidak berakar umbi dalam sains moden, tidak hairanlah jika terdapat salah faham berkenaan Refleksologi misalnya;

  1. Kalau nak sembuh, urutan pasti menyakitkan. Refleksologi moden kini menggunakan kaedah lebih lembut dan relaksasi tanpa perlu menahan sakit
  2. Refleksologi merawat penyakit secara terus. Sebenarnya refleksologi bertujuan meransang sistem tubuh untuk menyembuhkan diri secara natural.
  3. Refleksologi hanya mengurut kaki semata-mata. Pendapat ini salah kerana di kaki terdapat banyak titik-titik ransangan untuk dihubungkan ke organ dan sistem tubuh dalam proses rawatan.
  4. Refleksologi boleh mendiagnosis penyakit. Apabila kaki diurut pada bahagian tertentu, mungkin pesakit berasa sakit. Rasa sakit hanya menggambarkan terdapat masalah dibahagian refleksi yang ditekan. Refleksologi tidak mampu memperincikan masalah yang dihadapi.
  5. Refleksologi merupakan kaedah urutan baru. Sedangkan ia mulai diamalkan sejak zamam dahulu lagi terutamanya di India, Mesir dan China.
  6. Refleksologi hanya terhad pada kaki sahaja. Sebenarnya refleksologi boleh dilakukan di muka, tangan dan juga telinga.
  7. Refleksologi untuk orang dewasa. Refleksologi boleh juga diamalkan untuk bayi yang baru lahir dan juga warga tua. Ahli terapi cuma perlu mengimbangi rasa tekanan yang mampu dihadapi oleh pesakit berkenaan.

2 comments: