Facebook Fan

Friday, 10 February 2017

Kepentingan Terapi atau Urutan Saraf Tunjang di Tulang Belakang

Sesetengah pengamal urutan lebih menumpukan stimulasi atau urutan di sepanjang otot disebelah tepi tulang belakang, kenapa?

Ini adalah kerana disebalik lapisan otot terdapat saraf-saraf yang menghubungkan organ-organ tubuh bertemu disitu iaitu ke saraf tunjang. Saraf tunjang (spinal cord) pula merupakan saraf paling besar dalam tubuh manusia. Fungsi saraf tunjang ini adalah membawa mesej antara otak dan anggota tubuh badan manusia untuk sebarang pergerakan, fungsi organ, deria rasa dan sebagainya.

Kecederaan pada saraf tunjang boleh menyebabkan penyakit lumpuh ataupun, organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sebab itulah urutan sisi tulang belakang amat penting. Memandangkan saraf ini penting bagi manusia maka sebab itu juga ia dilindungi oleh 33 ruas tulang belakang.

Ruas tulang belakang (vertebra) manusia terdiri daripada 7 tulang cervical, 12 tulang dorsal (thoracic), 5 tulang lumbar, 5 tulang sakrum (sacro) dan 4 tulang coxis. Tulang belakang disusun secara bertingkat antara satu sama lain dan diantara tulang tersebut mempunyai disc lembut yang bertujuan menyerap gegaran tubuh badan dan tekanan antara vertebra.

Salah satu tujuan utama mengurut di sepanjang tepi tulang belakang ialah untuk mengeluarkan himpitan saraf, melegakan tekanan saraf dan refleks ke organ-organ yang berkaitan untuk dirawat seperti dibawah;






Vertebra
Saraf ke Organ
Simptom
CERVICAL
C1
Kepala
Otak
Kelenjar Pitutari
Telinga (dalam)
Sakit kepala, kepala berpusing dan letih melampau,
insomnia, rabun, tekanan darah tinggi, gemuruh, gangguan mental dan lemah/hilang ingatan(amnesia)
C2
Kepala
Mata
Hidung
Telinga

Alahan, sakit atau masalah pada sekitar mata, hidung, sinus, lidah, dahi dan sakit telinga serta kurang pendengaran.
C3
Sisi Kepala
Depan Kepala
Gigi
Kepala berdenyut, leher sengal/kaku & migrain,
Neuralgia & radang urat saraf,
Batuk & Tekanan darah tinggi,
Ekzema dan Jerawat.
C4
Hidung
Mulut
Tengkuk
Bahu kebas, sakit telinga, sakit gigi,
Kurang pendengaran, beguk, berhingus dan alahan Hay Fever.

C5
Leher
Tekak
Radang kerongkong, asma, beguk, kelenjar bengkak dan suara serak.
C6
Otot Leher
Tonsil
Bahu
Sakit bahu, sakit antara bahu-siku, tegang leher,
Tonsillitis, asma, batuk, radang brokus dan kelenjar bengkak.
C7
Kelenjar Tiroid
Bahu (bursitis)
Siku
Radang kerongkong, radang selaput jantung, sesak nafas, alahan, sinus, selsema, radang hidung dan telinga.
Jari kebas.
THORAX
T1
Esophagus
Trakea,
Tangan,
Telapak Tangan
Asma, sesak nafas, batuk, radang bronkus, alahan
Sakit dada, Lemah, kebas dan sakit antara siku – jari.

T2
Jantung
Arteri koronari
Sakit urat saraf jantung
Sakit dada, ketiak kebas.

T3
Paru-paru
Bronkus
Dada
Radang hati, selsema, demam, radang bronkus, asma, sukar bernafas,
Sakit dada.
T4
Pundi Hempedu
Radang hempedu, sakit kuning,
kayap dan panau.
T5
Hati
Solar Plexus
Demam, anemia, kerongkong kering, tekanan darah rendah,
Sakit dada, letih lesu, reumatik/artritis.
T6
Perut
Diabetes, gastrik,
Gemuruh, kurang selera makan, pencernaan kurang baik,
Sakit dada, perut pedih, sakit ulu hati.
T7
Pankreas
Duodenum
Diabetes, gastrik, sakit kuning, ulser perut,
Kencing tidak lawas,
Kulit berbintik merah.
T8
Limpa
Diabetes, radang hati,
Kerap kencing,
Sesak dada, kaki & tangan sejuk.
T9
Kelenjar Adrenal
Diabetes, gastrik, ulser perut, anemia,  radang hati, saluran darah keras, tekanan darah tinggi, kencing tidak lawas,
Alahan, gatal-gatal, kegemukan, rambut gugur
T10
Buah Pinggang
Edema, reumatik, radang ginjal, saluran darah keras, sangat keletihan,
Kencing kotor, kencing berdarah,
Lemah tenaga batin.
T11
Buah Pinggang
Ureter
Diabetes, radang ginjal, cirit-birit, lemah pencernaan.
Kencing keruh, kencing berdarah,
Pelbagai masalah kulit.
T12
Usus Kecil
Tiub fallopio
Kurang selera makan, masuk angin, sakit perut,
Reumatik, radang kelenjar,
Kemandulan dan sakit alat kelamin.
LUMBAR
L1
Usus Besar
Inguinal rings
Sakit belakang, sakit pinggang, sakit ginjal
sembelit, kolitis, lemah pencernaan, cirit-birit, hernia,
Radang rahim, radang vagina, lemah daya seks,
L2
Apendiks
Abdomen
Kaki (atas)
Sembelit, kejang perut, varicose vein minor, sesak nafas, sakit apendiks,
Radang rahim, radang vagina, lemah daya seks, kemandulan,
Peha kebas, sakit kulit.
L3
Organ Seks
Ovari/buah zakar,  
Lutut
Uterus
Pundi Kencing
Sakit lutut, betis lenguh, sakit urat saraf,
Sukar kencing, kencing malam, radang pundi kencing,
Radang rahim, haid tidak teratur, keguguran & lemah tenaga seks.
L4
Kelenjar Prostat
Otot pinggang
Skiatika
Betis sengal, foot drop, sakit belakang, sakit urat saraf, radang perut,
Radang pundi kencing, kencing sakit/terlalu kerap
Radang vagina, haid tak teratur, 
Cirit birit dan gout.
L5
Kaki (bawah)
Pergelangan kaki
Tapak kaki
Jari Kaki
Bengkak pergelangan kaki,
Reumatik, kebas , lemah, sejuk, kejang dibahagian/organ berkenaan.
Sakit punggung dan sakit bahagian belakang.

SACRO
Punggung
Pinggul
Sakit skiatika,  sacroiliac, punggung & pinggul

COXIS
Rektum
Anus
Masalah rektal, buasir, gatal-gatal dibahagian yang berkaitan dan sakit ketika duduk.


Sekiranya melakukan rawatan dan urutan untuk sesuatu masalah kesihatan, mungkin melibatkan 1 atau lebih vertebra tulang belakang yang berkaitan. Sebagai contoh, panduan dibawah ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda;

Bahagian Bermasalah
Saraf Yang Mungkin Bermasalah
Occiput
C1-C2, T7-T12
Depan kepala/dahi
C2-C3
Leher/Tengkuk
C3, T1-T5
Aortic Arch
C3, T1-T3
Jantung
C3-C4, T1-T5
Kepala & Muka
C3-C4, T1-T8
Paru-paru
C3-C4, T3-T5
Perut
C3-C4, T6-T10
Hati
C3-C4, T7-T9
Bahagian clavicle and scapula
C4
Deltoid (bahu)
C5
Ibu jari tangan
C6
Jari Telunjuk
C7
Jari Manis
C8
Jari Kelinking
T1
Thorax
T1-T4
Puting dan sekitarnya
T2
Bronkus
T2-T4
Thoracic aorta
T4-T7
Esophagus
T5-T8
Limpa , Pankreas
T6-T10
Usus Besar
T7-T11
Hempedu
T8-T9
Usus kecil
T9-T10
Ovari, Buah zakar
T10-T11
Atas kepala, skrotum
T10-T12
Prostat
T10-T12, L4, S1-S3
Buah Pinggang & Rahim
T10-L1
Ureter
T11-L2
Pangkal Peha
L1
Organ Seks
L1-L3, S1-S4
Lutut
L3
Ibu jari kaki
L5
Jari ke lima
S1
Serviks
S2-S4

4 comments:

  1. Terima kasih QUn atas ilmunya

    ReplyDelete
  2. salam, takde ke rawatan urut atai terapi saraf?sebab ayag baru lepas operation, L4 masalah skang die sengal dan kebas kaki..

    ReplyDelete
  3. Salam..minta tlg berikan cara2 urutan yg betul utk pesakit L1&L2..supaya boley kencing & brjalan semula

    ReplyDelete
  4. Sy kemalangan 2th lps,menyebabkan penggantian tulang c2,c3 & c4,setelah itu tangan kanan lemah jugak kiri,juga kebas2 pd ke2 tangan & kaki jugak kekejangan,fizioterapi telah sy lalui,apakah rawatan yg harus sy lalui lgi,harap dpt bantu

    ReplyDelete