Facebook Fan

Friday, 10 March 2017

Penemuan Titik Meridian dalam Perubatan Moden

Lebih 2000 tahun yang lalu, perubatan kuno percaya tentang kewujudan saluran-saluran tenaga di dalam tubuh badan manusia. Ianya dipanggil 'sen' di Thailand, 'Nadis' di India, 'meridian', 'jaluran' di China dan Jepun. Malaysia pula, tiada istilah diperkenalkan melainkan panggilan “urutan urat saraf”.

Dalam perubatan kuno, penyakit dipercayai berpunca daripada masalah tersumbat aliran tenaga pada meridian ini. Pelbagai teknik tradisi penyembuhan digunakan termasuk akupunktur, acupressure, dan urutan, yang berasaskan prinsip saluran tenaga tersebut. Begitu juga, Qigong, Tai Chi dan yoga, ianya juga amalan untuk meningkatkan aliran elektrik pada saluran meridian berkenaan, tetapi ramai berlatar belakang sains moden tidak mempercayai kewujudan meridian pada tubuh manusia sehingga kini.
Sumber Wikipedia: Dr. Kim Bing-Han
Sebelum ini, seorang saintis Korea Utara. Dr. Kim Bong-Han mengatakan dia telah menemui saluran meridian pada awal tahun 1960-an. Kim Bong-han dilahirkan pada tahun 1916. Beliau memperolehi ijazah perubatan dari Universiti Kebangsaan Seoul pada tahun 1946. Selepas Perang Korea meletus, Kim merupakan seorang pakar fisiologi yang berpangkalan di Korea Selatan, dan kemudiannya berpindah ke Korea Utara. Kim mendakwa wujud satu sistem tubuh yang dinamakan Chin-Lo atau Kyungrak, iaitu sistem saluran yang juga dikenali sebagai sistem primo-vaskular. Beliau percaya struktur saluran wujud di dalam dan di luar saluran darah dan saluran limfa, dan juga pada permukaan organ-organ dalaman dan di bawah dermis. Beliau percaya inilah adalah garisan meridian tradisional.

Sewaktu beliau bekerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Kyung-Rak Korea Utara (KRI) dari tahun 1962-1965, beliau pernah menerbitkan lima artikel dalam Jurnal Jo Sun Medicine berkenaan akupunktur, sistem Kyungrak, dan teori "Sanal". Artikel-artikel ini diambil dari idea beliau berkenaan sistem primo-vaskular. Beliau juga telah dianugerahkan Hadiah Rakyat oleh Kerajaan Korea Utara pada 2 Februari 1962 kerana hasil kerja-kerjanya. 

Namun pada tahun 1966, Institut Penyelidikan Kyung-Rak telah ditutup. Selepas itu maklumat berkenaan Kim tidak diketahui lagi. Baru-baru ini beberapa saintis di Universiti Kebangsaan Seoul mengkaji hasil kajian beliau dan mengesahkan kewujudan meridian, yang dirujuk sebagai "sistem primo-vaskular." Mereka mengatakan bahawa sistem ini adalah bahagian yang penting dalam sistem kardiovaskular.

No comments:

Post a Comment