Facebook Fan

Sunday, 30 April 2017

Amalan Wuduk Dalam Rawatan

Perasankah anda, pengamal perubatan Islam mengambil wudhuk (selain solat sunat) sebelum memulakan sesi perawatan? Malah digalakkan pesakit sendiri perlu berwudhuk. Malah dikalangan mereka sedaya upaya sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Kenapa?

1. Sakit menggugurkan dosa, wudhu boleh mempercepatkan pemulihan dengan gugurnya sebanyak-banyak dosa dengan izin Nya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A , Rasulullah saw bersabda "apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu,maka tatkala ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya seluruh dosa yang dilakukan matanya bersamaan dengan air itu atau dengan titisan terakhirnya. Apabila dia membasuh dua tangannya maka akan keluar seluruh dosa yang dilakukan tangannya bersamaan dengan air itu atau titisan air yang terakhir. Apabila dia membasuh dua kakinya maka kelurlah seluruh dosa yang telah dilangkah oleh kakinya bersama air atau titisan nya yang terakhir sehingga dia selesai berwudhu dalam keadaan bersih dari dosa-dosa" (H.R Muslim). Sebahagian ulamak menyarankan agar air wudhuk di anggota tubuh dibiarkan kering sendiri tanpa dilap. Kerana setiap titisan wudhuk boleh menggugurkan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

2. Pembuka sinar aura tubuhnya. Abu Hurairah R.A ,berkata ‘’aku mendengar Rasulullah Saw bersabda,"Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan ghurran muhajjilin (wajahnya bercahaya dan badannya bersinar) kerana bekas wudhu, maka barang siapa mampu untuk memanjangkan ghurra hendaklah melakukannya" (H.R Bukhari dan muslim)

3. Menaikkan Darjat Amalannya & Pelindung Diri. Diriwayatkan Thabrani dari ubadah bin Shamit bahawa Rasulullah SAW bersabda: "jika seorang hamba menjaga shalatnya,menyempurnakan wudhuknya,rukuknya,sujudnya dan bacaannya maka shalat akan berkata kepadanya, semoga Allah swt menjaga mu sebagaimana kamu menjagaku. dia naik dengannya kelangit dan memiliki cahaya hingga sampai kepada Allah swt dan sholat memberi syafaat kepadanya"

4. Pemudah cara diwaktu sulit. Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darajat. Mereka menjawab: ya, wahai Rasulullah. Beliau berkata: sempurnakan wudhu’ ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath.” (Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).

5. Meninggal dunia dalam berwudhuk. Wudhu sebelum tidur itu sangat penting untuk terapi kebersihan diri dalam tidur. Malah ramai pesakit yang meninggal dunia ketika waktu tidur juga mendapat ganjarannya. Rasulullah SAW bersabda:"barang siapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci ( berwudhu) maka malaikat akan tetap mengikuti ,lalu ketika ia bangun nescaya malaikat itu akan berucap , ya Allah ampunilah hamba-Mu, kerana ia tidur dimalam hari dalam keadaan selalu bersuci" (H.R Ibnu Hibban dari Ibnu Umar R.A).

6. Pemakanan (seperti diet pemakanan) lebih barakah. Nabi SAW .bersabda , "keberkahan makanan adalah dengan berwudhu sebelum dan sesudahnya" (H.R abu dawud)

Hasilnya lebih kelihatan jika menggunakan air wudhuk dalam kadar minima (tidak menggunakan air yang banyak).

# Admin bukan pakar hadis. Jika ada kesilapan, dialu-alukan untuk dimaklumkan dalam ruang komen untuk diperbetulkan.

No comments:

Post a Comment