Facebook Fan

Wednesday, 1 June 2016

Kajian Saintifik Aura Solat

Tiga pensyarah Universiti Malaya telah berjaya membuktikan dari sudut saintifik bagaimana solat boleh meningkatkan kualiti tahap kesihatan meliputi fizikal, dalaman dan mental. Mereka terdiri daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.  Jabatan ini juga telah menerbitkan buku bertajuk `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'

Daripada kajian mereka dan juga penyelidik-penyelidik luar negeri dapat menggambarkan solat akan meningkatkan imuniti tubuh, mengurangkan tekanan, dan merawat pelbagai penyakit kritikal.  Misalnya untuk merawat penyakit mati pucuk dan merawat sakit jantung. Dalam kajian mereka mendapati keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik. Untuk merawat penyakit mati pucuk pula, disarankan melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat.

Walaupun zahirnya amalan solat berkaitan dengan amalan kerohanian dan amalan senaman fizikal yang baik. Tetapi amalan solat berkait rapat juga dengan gelombang aura dan minda. Ng Siew Cheok menjelaskan gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang, setenang selepas bangun tidur. Isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang atau sebenarnya dipanggil TAMAKNINAH. Menurut Dr Fatimah Ibrahim pula, orang yang melakukan solat berjemaah akan bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia umpama seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan berlakulah aliran tenaga yang meningkatkan energi individu yang berada dalam solat berjemaah.

Sumber: http://mtfuna.ub.ac.id/
Jika seseorang menyedari solat merupakan terapi diri, beliau boleh meransang mindanya untuk meningkatkan kenikmatan bersolat serta mengunakan kemahiran diri untuk meransang membuat keputusan dalam berdoa atau berkomunikasi dengan Allah swt. Seseorang itu akan merasai semangat, khusuk dan tenang yang sangat luar biasa telah wujud pada dirinya .

Menurut pandangan dari orang-orang lama, setiap kali berlaku peralihan waktu solat, berlaku juga perubahan tenaga dan spektrum warna alam ini. Wallahualam. Untuk mendapatkan spektrum warna alam yang sempurna, seseorang hendaklah bersolat di awal waktu.  Orang yang melambatkan solat, warna alam semakin lemah dan energinya semakin berkurangan. Rajah dibawah merupakan maklumat yang berkaitan dan fungsinya untuk merawat sistem tubuh dan emosi;

Waktu Solat
Spektrum Warna
Sistem Tubuh
Emosi
Zuhur

Kuning
Perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman
Keceriaan
Asar

Oren
Prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif
Kreativiti
Maghrib
Merah
Otot, saraf dan tulang.

Keyakinan
Isyak
Indigo
Sistem otak
Ketenteraman
Qiamullail
putih, merah jambu dan ungu
Kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hipotalamus.
Keseimbangan
Subuh
Biru
Tiroid/paratiroid. Metabolisme tubuh
Tarikan & Komunikasi
Dhuha
(Afdhalnya ketika matahari mula meninggi dan mulai panas sinarnya)
Hijau
Sistem imunisasi
Ketahanan 

Wallahualam. Maaf sekiranya ada kesilapan.

No comments:

Post a Comment