Facebook Fan

Wednesday, 10 February 2016

Aura untuk Wanita Hamil

Kebiasaanya, wanita hamil diselubungi warna merah jambu untuk menggambarkan aura naluri penyayang kepada diri si ibu dan anak. Aura ibu hamil ini secara tidak langsung akan juga memancar aura merah jambu kepada bayi kandungannya. Namun tidak semestinya aura wanita hamil berwarna merah jambu, kerana ada kalanya naluri kasih sayang sesetengah ibu hamil tidak wujud atau punca punca lain yang tidak diketahui. Dan tidak semestinya wanita yang diselubungi warna merah jambu adalah wanita hamil, kerana sifat kasih sayang memang ada pada diri wanita. Bezanya pancaran aura warna merah jambu lebih menyerlah pada wanita hamil.

Selepas sebulan hamil, wanita hamil boleh berlatih senaman pernafasan mengisi ke sistem tubuh nya dengan warna emas. Imiginasikan juga warna emas itu menyaluti tubuh bayi (dalam rahim). Biasanya bayi akan bergerak selepas itu sebagai bertindak balas. Amalan ini boleh di amalkan sebelah pagi atau hendak tidur untuk memberikan keselesaan tidur, kedamaian dan rasa dilindungi. Sebelum melakukan senaman pernafasan, si ibu perlu melonggarkan otot dan sendi serba ringkas.

Sesetengah pengamal akan meletakkan telapak tangan di perutnya sambil bertanya (dalam hati atau mulut) kepada bayinya, “ Nak warna apa  hari ini?”. Ia mendapat jawapan dengan melalui bayangan atau dorongan hati. Lalu terus bayangkan tangan diisi dengan warna itu dan diusap lembut ke perutnya (sebenarnya untuk bayinya). Tidak perlu menggetarkan kuat kearah perut bayi kerana bayi mudah menerima getaran aura, lebih lebih lagi aura warna emas.

Sudah menjadi perkara biasa, jika seseorang itu sukar imiginasikan warna. Oleh itu mereka yang mengalami kesukaran ini, boleh melihat warna yang diperlukan seperti kad kad warna, pakaian atau dinding rumah. Misalnya hendakkan sumber tenaga, dengan aliran aura warna merah juga dapat membantu. Manakala mengawal emosi boleh diserapkan dengan aura oren dan indigo, atau biru saja.  Sebab itu klinik biasanya dicat dengan warna biru termasuk signboardnya, terutamanya klinik gigi.


* untuk mereka yang tidak pernah mengetahui berkenaan terapi warna. Untuk justifikasi mudah tentang aura warna, ia berkaitan dengan minda kita melihat warna..ia boleh mengubah emosi, minda dan fizikal melalui perubahan masa dan tempat. Kalau tidak percaya lihat sewaktu pilihanraya, sewaktu di traffic light, sewaktu di kawasan menghijau dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment