Facebook Fan

Tuesday, 4 April 2017

Ikhtiar Urutan Mengawal Diabetes

Semua orang tahu diabetes merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa dan mangsa perlu menjaga diri mereka sendiri. Walaupun begitu diabetes boleh dikawal termasuk dengan menggunakan kaedah urutan. Diabetes boleh disebabkan oleh gangguan metabolisme karbohidrat atau glukosa. Kerosakan dalam usus, pankreas, hati, perut atau otot sel-sel juga boleh menyebabkan penyakit ini. Salah satu kaedah yang biasa kita dengan ialah mengawal pengambilan gula sebagai salah satu teknik utama untuk mengawal diabetes. Terdapat beberapa jenis diabetes iaitu;

Jenis 1 - Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ).
5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.  Kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. Pesakit memerlukan suntikan insulin untuk mengawal tahap gula dalam darah. Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ia berlaku disebabkan sistem imunisasi badan memusnahkan (serangan sistem imunisasi sendiri) sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Selain itu mungkin berpunca daripada genetik dan alam sekeliling.

Jenis 2 – Diabetes bebas insulin. (Type II diabetes)
90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Ia berlaku dimana sel badan membangunkan rintangan terhadap insulin dan tidak menyerap gula diluar darah. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Sering belaku pada mereka usia lanjut, gemuk, keturunan dan kurang bersenam. Jenis diabetes ini juga berlaku dan semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja.

Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Ia berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan insulin tambahan semasa mengandung. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Dimanakah titik urutan kepada pesakit Diabetes?
Pesakit diabetes sangat sensitif dengan urutan dan boleh mendatangkan mudarat. Oleh itu urutan lebih kepada fokus kepada urutan setempat sahaja tanpa tekanan kuat. Dibawah adalah titik-titik biasa yang digunakan untuk membantu pesakit diabetes;

 Titik urutan ini bertujuan mengimbangi sistem penghadaman.


Titik urutan ini boleh memberi tenaga, melegakan sebarang kesakitan dan membantu untuk mengurangkan haba yang berlebihan di dalam badan.


Titik urutan ini  bertujuan untuk mengawal tahap glukosa darah.


`
Titik ini mewakili pundi kencing untuk merangsang mana-mana jenis kekotoran boleh mengalir keluar .


Titik urutan ini baik untuk mententeramkan emosi dan tekanan




Titik urutan ini terletak bahagian bawah ibu jari. Biasanya untuk membantu memberikan kelegaan jangka panjang pesakit diabetes. Biasanya titik ini memberikan kesan positif kepada pesakit diabetes.


Sumber:
Sumber jenis diabetes: http://pmr.penerangan.gov.my
Sumber titik urutan: http://www.modernreflexology.com

2 comments:

  1. salam tuan, untuk gmbar yg terakhir sekali titik dibawah ibu jari tu tidak berapa jelas la tuan..

    ReplyDelete