Facebook Fan

Wednesday, 17 May 2017

10 sebab membuatkan kita rasa semakin tua dengan lebih cepat


Artikel ini tidak disertai dengan kajian santifik. Oleh itu jadikannya sebagai langkah berhati-hati. Wallahualam.
Alahan Melampau
Adakalanya seseorang mempunyai alahan tersembunyi yang tidak disedari. Jika reaksi alahan disusuli dengan keradangan kronik boleh menyebabkan proses penuaan.
Tidur Tidak Berkualiti
Kita semua tahu kesan kepada kesihatan jika tempoh berehat atau tidur tidak mencukupi, Ianya akan mengganggu sistem metabolisme anda dan sistem imun yang melawan pelbagai penyakit.
Lebihan Berat
Lebihan berat sering dikaitkan dengan risiko pelbagai penyakit dan mati lebih awal.
Persaraan
Persaraan sepatutnya anda dapat berehat dan ruang untuk beramal. Tetapi sebahagian mereka mulai rasa sakit-sakit, kesunyian, kemurungan, perasaan diri menunggu masa untuk mati dan ada yang mulai mengambil ubat-ubatan tahan sakit. Oleh itu elakkan bersara lebih awal (muda).
Mendengar muzik yang membingitkan
Muzik yang membingitkan bukan sahaja menyebabkan telinga anda makin tua (kurang pendengaran), tetapi membuatkan diri anda merasai makin tua disebabkannya.
Kesunyian
Membiarkan seseorang itu kesunyian menyebabkan dirinya tidak apa-apa kepentingan dalam kehidupan. Begitulah dengan orang tua-tua yang kesunyian di kampung, dengan menunggu kepulangan anak cucu. Biasanya mereka tiba-tiba kelihatan sihat dan lebih muda (ceria) apabila dikunjungi anak saudara. Salah satu kajian dari penyelidik psikologi Brigham Young University menunjukkan bahawa kesepian meningkat risiko seseorang mendapat kematian sebanyak 26 peratus.
Makanan Segera
Gabungan perisa dan pewarna tiruan akan menjejaskan kesihatan anda.
Pendedahan radiasi elektronik
Mungkin juga berlaku kepada penggunaan handphone yang melampau akan menyebabkan tubuh lemah dan anda kelihatan tua. Ada yang berpendapat rambut mudah beruban. Wallahualam
Terlampau Kuat Berfikir
Aktiviti ini mendorong sistem tubuh menggunakan lebih tenaga untuk mengaktifkan otak. Kesannya, tenaga untuk fizikal menjadi lemah. Ini juga mendorong kepada masalah rambut botak dan beruban.

Terlampau Kuat Bekerja
Aktiviti ini mendorong anda merasakan dunia anda terlalu pantas berlalu. Percaya atau tidak anda berasakan umur anda cepat meningkat usia. Sedangkan mereka yang banyak masa berehat, merasakan setiap minit yang dilalui sangat lama untuk dilalui.

No comments:

Post a Comment