Facebook Fan

Monday, 1 May 2017

Doa Permudahkan Urusan Rawatan

Sumber foto: lifehacker.com
Ada kalanya seseorang perawat seperti kehilangan idea untuk lakukan rawatan kepada seseorang. Mohonlah pada Allah memberikan cahaya petunjuk dan gerak hati dengan zikir rayuan asmaul husna; Ya Nuur, Ya Haadi, Ya Haq, Ya Baari beberapa kali tidak putus-putus ketika dalam perjalanan ataupun sedang dalam rawatan. Selain itu beberapa doa yang boleh dibaca ketika berada dalam kesulitan merawat seperti dibawah;

1. Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim bil khair
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

2. Rabbi yassir wala tu’assir, Ya karim
ربي يسر ولا تعسر ,يا گريم

3. Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

4. Lailahaillallah Muhammadur Rasullullah, Fii Kulli Lamhatin Wanafasin Adadama Wasiahu Ilmullah
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
Zikir ini dinamakan sebagai zikir Fii Kulli Lamhatin yang diamalkan oleh pengamal Tareqat Ahmadiah. Yang bermaksud "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah, pada setiap kerlipan mata dan setiap nafas, yang bilangannya, semuanya terkandung dalam ilmu Allah." (..pentafsiran maksud ayat ini dapat difahami dengan berguru)

5. Allahumma Solli Ála Sayyidina Muhammad Wa”ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim Ya Karim

Doa-doa diatas boleh dibaca 3-7 kali, InsyaAllah dipermudahkan jalannya dan aturannya. Tambah-tambah lagi kalau dalam keadaan berwudhuk. Senarai zikir/doa diatas boleh digunakan pelbagai kesulitan sebarang urusan (tidak terhad pada rawatan).

No comments:

Post a Comment