Facebook Fan

Monday, 15 May 2017

Kebaikan Amalan Diet Pemakanan Magnesium

Artikel ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini: Dos Pemakanan Mengandungi Magnesium

Magnesium merupakan salah satu mineral terkandung di dalam sel tubuh manusia untuk membantu memproses lebih 300 enzim penting untuk tisu dan fungsi organ termasuk memberikan tenaga kepada sistem tubuh manusia. Magnesium boleh mengawal emosi dan tekanan dengan menyuburkan sistem saraf, membantu produksi hormon, membantu penghadaman dan melonggarkan otot. Namun biasanya masyarakat tidak anggap penting kerana 1% sahaja daripada magnesium badan terdapat dalam darah. Sedangkan magnesium adalah elemen asas kehidupan manusia sama seperti air dan udara.
Sumber Gambar: diyhealthremedy.com
Dr. Norman Shealy ini, M.D., Ph.D. seorang pakar bedah otak berkata, "Setiap penyakit yang dikenali dikaitkan dengan kekurangan magnesium," , Tambahnya lagi "magnesium adalah mineral yang paling penting yang diperlukan untuk kestabilan elektrik setiap sel dalam badan. " Ramai yang menitikberatkan kalsium sahaja. Jika perbezaan nisbah yang tinggi antara kalsium : magnesium dalam diet pemakanan seperti 5:1 dan sehingga 15:1 boleh mendatangkan masalah yang serius seperti masalah “mitral valve prolapse”, “attention deficit disorder”, migrain,  autisme, fibromyalgia, kebimbangan, asma,  sawan, alahan dan sebagainya.

Beberapa kepentingan magnesium dan risiko kekurangan magnesium dikenalpasti seperti dijelaskan dibawah;

Kekurangan magnesium boleh menjejaskan fungsi memori untuk ingatan jangka panjang dan juga otak lambat memberi respon segera. Misalnya penyakit Alzheimer dikaitkan dengan tahap penurunan magnesium.

Kerosakan kepada sistem saraf dan gangguan hormon dikaitkan sebagai punca pelbagai masalah kesihatan termasuk dementia, insomnia, kebimbangan, keliru, baran dan kemurungan (termasuk selepas bersalin). Satu kajian klinikal dibuat mendapati bahawa 125-300mg supplemental magnesium adalah berkesan merawat gejala kemurungan selepas hanya amalkan seminggu.

Magnesium membantu membentuk satu kitaran tidur yang sihat dan aman. Tidur yang berkualiti adalah penting untuk menggalakkan kesihatan keseluruhan, penumbuhan sel baru dan pengeluaran hormon yang disintesis semasa tidur.

Magnesium adalah komponen penting yang terlibat dalam penyelenggaraan mengawal paras glukosa darah dan membantu meningkatkan rembesan insulin untuk pesakit diabetes jenis-2. Terdapat laporan kajian mengatakan amalan diet pemakanan 1000 mg/hari magnesium selama 30 hari akan meningkatkan kawalan glycemic (tahap kualiti makanan karbohidrat). Kajian lain pula mengatakan dapat mengurangkan 15%-23% risiko diabetes.

Sehingga 60% daripada magnesium tertumpu di tulang, dan bakinya terdapat dalam tisu lembut dan darah. Jika kapasiti magnesium berkurangan dalam badan, berlakulah tidak keseimbangan dalam tubuh terutamanya dibahagian tulang (nisbah yang jauh berbeza dengan kalsium). Seterusnya, berisiko menjejaskan kepadatan dan keseimbangan kesihatan tulang dan sendi seperti osteoarthritis.

Bersama-sama dengan kalsium, magnesium juga memainkan peranan yang penting dalam keseimbangan dengan potassium. Dalam kombinasi dengan mineral lain, magnesium bertanggungjawab untuk fungsi pengecutan otot dan irama jantung.

Disamping itu, magnesium meningkatkan kesihatan kadiovakular, magnesium juga dipercayai untuk mengimbangi tekanan darah, melegakan sekatan di sekitar saluran darah dan mengawal selia penguncupan untuk menurunkan kadar tekanan darah.

Sehingga 250mg/hari daripada suplemen magnesium dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada penyakit kardiovaskular dan serangan jantung. Dos yang  rendah daripada suplemen magnesium didapati dapat mengurangkan risiko strok sebanyak 8%.

Magnesium juga membantu dalam detoksifikasi tisu badan dari asid, toksin, gas, racun dan kekotoran lain. Sebab itu, salah satu kandungan utama julap (laksatif) ialah mengandungi magnesium.

No comments:

Post a Comment