Facebook Fan

Tuesday, 2 May 2017

Pendapat Pakar berkenaan Terapi Gelombang Frekuensi Bunyi


Irama lagu juga tergolong dalam metod rawatan yang sudah diamalkan sejak beribu-ribu tahun. Joshua Leeds, pengarang The Power of Sound yang juga seorang pakar dalam bidang psychoacoustics telah membuat kajian kesan bunyi pada sistem saraf manusia. Beliau menjelaskan bahawa bunyi mewujudkan frekuensi atau getaran tertentu (yang bersesuaian) untuk tujuan penyembuhan kepada seseorang. Mari kita lihat pelbagai pendapat pakar bunyi seperti dibawah;

Terapi Brain-wave Entrainment
Manakala seorang ahli biofizik, Gerald Oster menyatakan apabila irama bunyi dimainkan pada sebelah telinga dan sebelah lagi dimainkan irama yang sedikit berbeza, akan mewujudkan irama ketiga iaitu yang dipanggil rentak binaural. Teori ini menjelaskan berlakukan synchronize gelombang di kedua-dua hemisfera otak (kiri dan kanan) ataupun dipanggil sebagai “Brain-wave Entrainment”. Apa kelebihannya? Menurut Carol Moore, pengarah pemasaran Monroe Products, yang menengahkan konsep meditasi lisan dan muzik menggunakan rentak binaural. Beliau berkata apabila berlaku synchronize antara dua gelombang otak, seseorang itu lebih fokus, membantu tidur ke dalam gelombang delta yang lebih dalam. Aktiviti elektrik di dalam otak juga dapat diperlahankan (berehat).

Tahukah anda, jika kita menyelami irama muzik dengan berfikiran positif seperti berkata dalam hati, “irama ini datang ke dalam tubuhku untuk merawat aku, bukan untuk melakukan kerosakan kepada ku”, mampu untuk merawat penyakit yang serius. Malah menurut Bill Harris (pemilik produk Holosync) berkata irama mampu membantu orang ramai menghadapi tekanan emosi dan masalah tingkah laku. Pada tahun 2008, jurnal “Alternative Therapies in Health and Medicine “menerbitkan satu kajian semula 20 kajian berkaitan dengan “brain-wave entrainment” dan dapat dirumuskan bahawa ianya berkesan dijadikan terapi  melegakan tekanan, sakit, sakit kepala, dan sindrom prahaid.

Terapi Irama Getaran
Bunyi mempunyai getaran penyembuhan yang boleh bekerja di semua bahagian badan. Irama ini seumpama bunyi-bunyian hujan ataupun getaran di bibir mangkuk kristal. Kaedah ini tidak memerlukan bunyian melodi ataupun mengetuk. Terapi ini sangat membantu pesakit kronik, masalah usus, psoriasis dan punca-punca disebabkan tekanan. Boleh dikatakan terapi ini sesuai pada semua organ tubuh.

Terapi Value Added
Menurut Jamie Bechtold, pengamal terapi bunyi di Los Angeles. Beliau mengatakan bahawa bunyi boleh meningkatkan imuniti, merawat insomnia, mengurang tekanan dan masalah anxiety. Beliau menggunakan bunyian garpu di titik akupuntur diiringi bunyi gong untuk merawat masalah otot, selsema dan sakit kepala. Ketepatan frekuensi muzik yang sesuai akan mewujudkan gelombang perawatan melalui getaran lantai dam lantunan bunyi di persekitaran tempat.

Terapi Peralihan Frekuensi
Jeffrey Thompson, pengasas Pusat Penyelidikan Neuroacoustic berkata frekuensi yang berbeza mensasarkan kepelbagaian ketumpatan berlainan dalam tubuh. Beliau menggunakan jadual terapi bunyi vibroacoustic. Apabila frekuensi menurun, dari 500-400 hertz (hertz adalah satu kitaran sesaat), membuatkan anda merasai gelombang di dalam otot, kemudiannya ke sendi dan seterusnya ke dalam tulang. Apabila urut disertakan, Frekeunsi ini mampu masuk hingga ke sel-sel tubuh dan meransang membina semula tisu-tisu tubuh badan.

Terapi Gelombang Refleksi
Konsep yang diamalkan ialah seperti menepuk tangan untuk merangsang titik rawatan untuk kesihatan fizikal dan mental. Pada tapak tangan terdapat titik ransangan yang menghubungkan dengan organ-organ tubuh. Menurut perunding perubatan Ayurveda dari Hospital Rishi, India, Rahul Dogra, bertepuk tangan selama 20-30 minit bukan sahaja dapat membantu melancarkan peredaran darah, oksigen malah meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Menurutnya juga, masalah tekanan darah rendah, pesakit atritis, radang sendi, sakit punggung dan leher juga boleh dirawat dengan menepuk tangan. Bagaimanapun, tidak semestinya terapi gelombang refkeksi hanya menggunakan teknik menepuk tangan, pengamal boleh melakukan dimana-mana titik ransangan selain tapak tangan.

No comments:

Post a Comment