Facebook Fan

Monday, 5 June 2017

Mudra atau Tasbih Zikir?

PENGENALAN

Kita sudah biasa mendengar kaedah urutan acupressure dan refleksologi yang sangat popular di dunia rawatan alternatif sebagai satu cara untuk merawat sakit-sakit tertentu. Namun Mudra adalah istilah perubatan urutan tradisional yang kurang diketahui, sedangkan amalan ini juga berkesan.

Mudra adalah kedudukan isyarat jari tangan tertentu dengan diiringi senaman pernafasan untuk merangsang tubuh badan serta minda seseorang. Menurut perubatan Ayurveda, penyakit adalah berpunca daripada ketidakseimbangan dalam badan, akibat kekurangan atau lebihan mana-mana lima elemen iaitu tanah, air, api, angin dan sekian alam (juga angkasa). Menurutnya, jari jemari ini umpama litar elektrik yang mempunyai ciri-ciri elemen-elemen terebut untuk refleksi ke organ-organ tertentu untuk keseimbangan sistem tubuh badan manusia.

Misalnya;
Ibu jari mewakili limpa, perut, dan mulut,
Jari telunjuk untuk hati, pundi hempedu dan mata.
Jari tengah bertanggungjawab untuk jantung, usus kecil, dan lidah,
Jari manis refleks kepada paru-paru, usus besar, dan hidung manakala,
Jari kelinking bersepadanan dengan telinga, buah pinggang dan pundi kencing.

dan jari juga mewakili unsur-unsur alam iaitu;
Ibu Jari - api.
Jari Telunjuk - Air.
Jari Tengah - Ruang Angkasa
Jari Manis- Bumi.
Jari Kelinking- Air.

Tidak dinafikan mudra berasal dari India, namun ia berbentuk terapi untuk meransang minda, emosi dan fizikal. Kelebihan yang ada padanya telah digunakan dalam unsur-unsur kerohanian, seni pertahanan diri dan seni tarian yang sering diamalkan oleh pengamal dari india-asia timur terutamanya dikalangan penganut hindu dan buddha. Isyarat-isyarat jari ini ada terkandung dalam manuskrip-manuskrip mereka seperti Nātyaśāstr.

CARA AMALAN

Sebaik sahaja anda telah memilih bentuk mudra yang mahu dicuba, anda perlu memastikan jari yang bersentuhan dengan kemas tetapi tidak terlalu ketat (bagi mengelak peredaran darah terganggu) pada kedua-dua belah tangan. Kemudian mulakan senaman pernafasan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini di pautan http://urutanqun.blogspot.my/2015/10/senaman-pernafasan-untuk-terapis.html
Mulakan amalan asas ruqyah dan membayangkan destinasi (memejam mata) untuk membuang segala masalah yang jauh dari manusia.
  • Ketika menahan nafas hendaklah berzikir.
  • Ketika melepaskan nafas, bayangkan melepaskan segala masalah atau kekusutan, dan
  • Ketika dalam relaks, anda mulakan berdoa atas niat dipinta dan imiginasi impian anda.

Dan begitu seterusnya berulang-ulang. Pastikan kedudukan jari kekal dalam tempoh tertentu di sepanjang sesi senaman pernafasan. Bagaimanapun boleh tukar isyarat tangan (mudra) dalam senaman pernafasan yang sama mengikut keperluan anda.

Peringkat awal, pengamal perlu melakukan sekurang-kurangnya 5-10 minit dan kemudian boleh dilanjutkan hingga 24 minit hingga 1 jam. Boleh juga melakukannya selama 15 minit pada pagi hari dan selama 15 minit pada sebelah malam. Isyarat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam apa jua cara, seperti duduk, berdiri, baring atau berjalan kaki.

Sama juga dengan urutan dan terapi, sebaik sahaja selesai melakukan Mudra, pengamal hendaklah amalkan minum air yang banyak, buah-buahan, jus buah-buahan, ataupun susu.

KAITAN DENGAN TASBIH ZIKIR

Amalan kerohanian dengan penggunaan jari sangat bermanfaat kepada mereka yang tahu. Mereka yang beragama Islam, hindari daripada melafazkan mentera yang mereka (umat Islam) tidak tahu asal usul maksudnya. Umat Islam lebih disarankan kepada zikir menggunakan jari tangan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana disebutkan oleh Abdullah bin Umar:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ التَّسْبِيحَ قَالَ ابْنُ قُدَامَةَ بِيَمِينِهِ.
“Saya melihat Rasulullah menghitung tasbih (dzikirnya); Ibnu Qudamah mengatakan dengan tangan kanannya”.

Boleh diamalkan selepas solat waktu atau seperti firman Allah swt:
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Dan bertasbihlah kepada-Nya ketika pagi dan ketika petang [Al-Ahzab: 42]

Sebenarnya penggunaan jari tangan lebih bermanfaat berbanding biji tasbih, kerana ada kelebihan disebaliknya. Kelebihan itu boleh merujuk manfaat kesihatan yang dipraktiskan dalam amalan mudra. Walaupun begitu terdapat beberapa perbezaan antara zikir di jari dan mudra misalnya;
  • Zikir sentiasa menggerakkan jari, tetapi mudra mengekalkan kedudukan jari dalam tempoh tertentu.
  • Zikir memberi keutamaan kepada tangan kanan, berbanding mudra menggunakan kedua-dua belah tangan
  • Zikir memfokuskan kepada ruas-ruas jari, manakala mudra mempunyai kepelbagaian isyarat kedudukan jari dan tangan.
  • Memandangkan mudra terkandung dalam amalan Yoga, umat Islam dilarang melakukan amalan secara bersistematik. Misalnya amalan Yoga sistematik menyeru nama tuhan mereka. Manakala bagi umat Islam, kekalkan dengan zikir seperti biasa (boleh dengan mengekalkan kedudukan jari tanpa menggerakkannnya dan  tanpa menentukan bilangannya).

No comments:

Post a Comment