Facebook Fan

Wednesday, 7 June 2017

Prinsip Asas Ayurveda

Ayurveda merupakan metod perubatan sains holistic yang memberi tumpuan kepada keseimbangan fizikal dan emosi seseorang. Ayurveda wujud dan diamalkan sejak 5,000 - 6,000 tahun lalu, dimana mengutamakan pencegahan sebagai kunci utama untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan emosi.

Ayurveda menggunakan prinsip-prinsip tiga dosha sebagai asas. Dosha adalah tenaga kombinasi yang unik membentuk setiap individu yang memiliki fungsi-fungsi fisiologi yang berbeza dalam badan. Terdapat 3 jenis dosha yakni:
  1. Vata dosha - Tenaga yang mengawal fungsi badan yang berkaitan dengan gerakan, termasuk peredaran darah, pernafasan, berkelip, dan denyutan jantung.
  2. Pitta dosha - Tenaga yang mengawal sistem metabolisme badan, termasuk penghadaman, penyerapan, pemakanan, dan suhu badan.
  3. Kapha dosha - Tenaga yang mengawal pertumbuhan dalam badan. Ia membekalkan air ke seluruh bahagian badan, melembapkan kulit, dan mengekalkan sistem imun.
Ayurveda juga terdiri daripada beberapa elemen asas iaitu;
Vata - Air dan Angkasa
Pitta - Api dan Air.
Kapha - Tanah dan Air.

Apabila elemen-elemen ini berada dalam kapasti berlebihan atau terlalu rendah, maka badan kita tidak seimbang.  Di sinilah peranan mudra memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan menseimbangkan keempat-empat elemen tersebut.
Setiap orang mempunyai ketiga-tiga dosha ini, untuk menggambarkan ciri-ciri fisiologi, membentuk sikap atau personaliti yang dominan seperti dibawah. Perubahan kepada ciri-ciri negatif akan ada pada seseorang jika berlaku tidak keseimbangan dosha;

Jika ciri-ciri dibawah lebih banyak pada individu, maka beliau memiliki Jenis Vata Dosha:
  • Kreatif, cepat belajar dan memahami pengetahuan baru, mudah mengikut gerak hati tetapi juga cepat lupa dan fikiran bercelaru.
  • Biasanya orangnya terlalu tinggi atau terlalu rendah
  • Jelas kelihatan kerangka tulang, sendi dan otot akibat perkembangan otot terjejas.
  • Mudah datang & pergi. Jenis bercakap dan berjalan laju.
  • Kecenderungan kepada tangan dan kaki mudah sejuk menyebabkan rasa tidak selesa di kawasan iklim sejuk.
  • Personaliti mudah dibentuk dan berubah tetapi boleh membuatkan rutin harian tidak teratur
  • Tidur yang tak teratur
  • Mudah berasa letih
  • Rasa gembira dan bersemangat
  • Rasa takut dan kebimbangan.
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Kulit kering dan rambut kerinting dan tidak berpeluh banyak.
Jika ciri-ciri dibawah lebih banyak pada individu, maka beliau memiliki Jenis Pitta Dosha:
  • Badan bersaiz biasa dan sederhana
  • Fikiran tajam, kuasa penumpuan yang baik
  • Tegas, motivasi, berdaya saing, sukakan cabaran dan yakin pada diri sendiri,
  • Agresif dan suka mendesak (juga tidak sabar)
  • Sikap kepimpinan tetapi boleh menjadi autoritarian.
  • Romantik
  • Selera (kuat) makan
  • Mudah marah apabila dalam tekanan
  • Kulit cantik, cerah atau merah.
  • Badan, tangan & kaki rasa hangat. 
  • Tidak selesa di bawah matahari atau cuaca panas, kerana mereka tidak tahan menjadikannya sangat letih dan banyak berpeluh.
  • Sering mengalami masalah kulit seperti ruam, jerawat, bisul, kanser kulit dan ulser, pedih ulu hati, perut asid, insomnia, kering atau mata terbakar.

Jika ciri-ciri dibawah lebih banyak pada individu, maka beliau memiliki Jenis Kapha Dosha:
  • Badan besar dan kuat
  • Kulit & otot tebal & sihat.
  • Kulit lembut dan bersinar
  • Mudah berbincang, tenang dan suka berdikari
  • Penyayang, suara lembut, harmoni dan mudah maafkan.
  • Jenis boleh dipercayai
  • Tidak mudah kecewa
  • Lambat mempelajari sesuatu tetapi ingatannya boleh kekal lama atau simpan lebih lama.
  • Berat badan berlebihan dan sistem penghadaman lemah
  • Tidak suka cuaca sejuk dan cuaca lembap.
  • Mengalami masalah atau mudah selsema, sinus dan masalah pernafasan termasuk asma, alahan, dan aterosklerosis (pengerasan arteri).

Bagaimana hendak tahu dosha seseorang?

Jika seseorang memiliki dosha yang dominan misalnya Kapsha, tidak bererti semua ciri-ciri yang disenaraikan dalam Kapsha ada pada individu berkenaan. Kebanyakan buku-buku dan laman web di Ayurveda seperti dalam website ini (sila klik) telah menyediakan soal selidik yang boleh digunakan untuk menentukan, apakah dosha yang lebih dominan kepada individu berkenaan. Kebanyakan soal selidik adalah sama dan akan memberikan keputusan yang sama. Jika berkemampuan, boleh juga mengambil beberapa soal selidik yang berbeza supaya memberikan hasil yang lebih pasti untuk jenis dosha anda.

Jika sudah tahu jenis dosha, apa yang perlu dilakukan?

Apabila sudah mengetahui jenis dosha yang dominan, mudahlah mengamalkan diet dan gaya hidup rutin yang bersesuaian. Berikut adalah beberapa garis panduan umum bagi setiap jenis:

Jenis Vata:
Dapatkan rehat yang cukup dan pilih makanan yang panas, dimasak, berkhasiat, dan mudah untuk dihadamkan. Elakkan minuman berais. Gula, buah-buahan, kekacang, beras, dan produk tenusu adalah pilihan yang baik untuk jenis Vata. Amalan meditasi, Tai chi, berjalan dan berenang adalah baik untuk mereka ini. Selain itu, elakkan aktiviti berat dan terburu-buru.

Jenis Pitta:
Elakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari secara langsung. Kurangkan masakan goreng dan makanan pedas. Elakkan pengambilan alkohol dan tembakau serta tidak gila kerja. Apabila berlaku ketidakseimbangan Pitta yang teruk, ianya mudah terdedah kepada perasaan emosi negatif seperti permusuhan, kebencian, sikap tidak bertoleransi, dan iri hati. Pilihlah sayur-sayuran segar dan buah-buahan yang berair dan manis, terutama ceri, mangga, timun, tembikai dan avocado. Selain itu amalkan nilai-nilai kejujuran, bermoral, kebaikan, murah hati, dan dapat mengawal diri.

Jenis Kapha:
Perlu aktif setiap hari untuk elak kelesuan, kemurungan, dan berat badan berlebihan. Pilih makanan yang lebih ringan, panas, dan pedas. Teh dengan halia kering dan lemon juga bagus untuk Kaphas. Kurangkan amalan penggunaan gula, berminyak dan makanan proses, kerana boleh menjejaskan Kaphas. Selain itu masakan perlu menggunakan banyak rempah seperti lada hitam, halia, jintan putih dan cili.

No comments:

Post a Comment