Facebook Fan

Monday, 14 August 2017

CONTOH STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) PUSAT RAWATAN TRADISIONAL & KOMPLIMENTARI

Dibawah ini adalah sebagai panduan sahaja untuk menyediakan SOP bagi pusat rawatan anda.

1. 9.30 a.m mula waktu operasi

2. 9.30 a.m hingga 10.30 a.m
-Memastikan keadaan bilik rawatan sentiasa bersih, kemas dan teratur.
-Memastikan perawat dalam keadaan bersih dan bersedia.
-Memastikan bekas peralatan/minyak, kain dan peralatan urutan dalam keadaan bersih, kemas dan sedia untuk digunakan.

3. 10.30 a.m hingga 1:00 p.m
-Menerima kunjungan pelanggan/pesakit.
-Memberi khidmat nasihat mengenai keadaan kesihatan pelanggan/pesakit
-Mencadangkan perawatan yang sesuai kepada pelanggan/pesakit.
-Menyesuaikan kaedah urutan sama ada dengan minyak atau tanpa minyak (berpakaian)
-Memberikan khidmat rawatan urutan.
-Memastikan pelanggan/pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi yang  berisiko dan boleh memudaratkan kesihatan pelanggan/pesakit sebaik selesai urutan.
-Memberi segelas minuman kepada pelanggan/pesakit selepas selesai rawatan untuk kesegaran kepada tubuh badan pelanggan/pesakit.

4.  1.00 p.m hingga 2.00 p.m (rehat dan solat)

5.  2.00 p.m hingga 5.00 p.m
-Menerima kunjungan pelanggan/pesakit.
-Mengambil butiran pelanggan.
-Memberi khidmat nasihat mengenai keadaan kesihatan pelanggan/pelanggan
-Mencadangkan perawatan yang sesuai kepada pelanggan/pesakit.
-Menyesuaikan kaedah urutan sama ada dengan minyak atau tanpa minyak (berpakaian)
-Memberikan khidmat rawatan urutan.
-Memastikan pelanggan/pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi yang berisiko dan boleh memudaratkan kesihatan pelanggan/pesakit sebaik selesai urutan.
-Memberi segelas minuman kepada pelanggan/pesakit selepas selesai rawatan untuk kesegaran kepada tubuh badan pelanggan/pesakit.

6.  5.00 p.m hingga 5.30 p.m
-Aktiviti mengemas bilik dan pusat rawatan.
-Membersihkan diri perawat (muka, tangan dan kaki)
-Memastikan keadaan bilik rawatan bersih sebelum menutup operasi

7.  5.30 (tutup)

No comments:

Post a Comment