Facebook Fan

Thursday, 7 September 2017

SIKAP SEBAGAI SEORANG PENGAMAL PERUBATAN



Hubungan dengan Allah
Pengamal hendaklah berkeyakinan urusan pemyembuhan hanya terletak pada keizinan Allah semata-mata. Pengamal tidak boleh kecewa jika gagal kerana kegagalan juga kehendakNya.

Persediaan Diri
Pengamal perlu memastikan dirinya benar-benar sihat dan bersedia dari segi mental, jasmani dan rohani. Pengamal sering mengabaikan persediaan ini untuk keperluan mata pencarian atau, mungkin juga disebabkan oleh dorongan rasa simpati kepada pesakit hingga menyebabkan kualiti rawatan kurang bermutu atau efek kepada kesihatan pengamal sendiri.

Menjauhi Unsur Syirik
Kerja-kerja perawatan berbentuk syirik sering mengundang perbahasan. Amalan minta bantuan Jin dan amalan khurafat lainnya sering diselitkan dengan sandaran “Insya-Allah” menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sebagai pengamal. Sebarang proses perawatan bersandarkan sumber atau perkaitan adalah dibolehkan seperti diagnos penyakit melalui telapak tangan. Namun hubungan yang tiada perkaitan seperti hubungan nombor rumah dengan nasib buruk yang menimpa kepada pesakitnya boleh mendatangkan syirik.

Belas Ihsan dengan Pesakit
Pengamal hendaklah menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan serta memberi semangat kepada pesakitnya. Namun elakkan menyelami perasaan pesakitnya bagi mengelak minda pengamal terprogram untuk merasa sakit sebenar untuk diri sendiri.

Kejujuran terhadap Ilmu
Pengamal hendaklah merawat berdasarkan ilmunya, bukan mencuba-cuba yang bukan dari lingkungan ilmunya. Ini bertujuan mengelak jenis rawatan yang tidak perlu kepada pesakit. Pengamal juga hendaklah memilih rawatan yang terbaik dan paling minima efek sampingannya. Jika pesakit mengalami masalah penyakit kronik atau berjangkit yang belum merujuk kepada doktor, hendaklah menasihati pesakit untuk mendapatkan rawatan dari pakar hospital.

Keikhlasan Sebagai Perawat
Perkara pertama yang ditekankan ialah keikhlasan merawat. Walaupun hakikatnya setiap perkhidmatan adalah dibayar, tetapi perlu wujudkan keikhlasan untuk memberikan khidmat yang terbaik dan tidak memilih-milih taraf sosial pesakit.

No comments:

Post a Comment