Facebook Fan

Tuesday, 12 September 2017

Al-Quran adalah Ubat Sekelian Alam


"Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (al Isra`: 82)

Elakkan memohon perlindungan dari jin (sama ada Islam atau Kafir) sebagaimana firman Allah;
"Dan bahawasanya terdapat segolongan manusia meminta perlindungan daripada segolongan jin, maka bertambahlah penderhakaan mereka" (al-Jin: 6)

Selain al-Quran, Allah juga turunkan penawar berbentuk alamiyyah seperti tumbuhan, haiwan dan mineral, seperti firman Allah swt;
"Dialah yang telah menciptakan segala yang ada di muka bumi ini untuk kamu" (al Baqarah: 29)

Namun hendaklah mendapatkannya secara halal, sebagaimana hadis Nabi;
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan Dia telah menjadikan bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah, dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram" (HR: Abu Dawud)

Jika keadaan memaksa (darurat), maka dibenarkan mengikut kadar yang diperlukan sahaja. Seperti mengambil sedikit arak untuk masalah penyakitnya jika sah tiada pilihan lain.

Bagaimana pula dengan ubat-ubatan moden atau ubat sintetik? Ibnu SIna menyatakan dalam kitabnya al-Shifa pada bahagian al-Tabiyyat seperti berikut:

" Dan adapun apa yang didakwa oleh ahli kimia, maka kamu perlu tahu bahawa mereka tidak mampu menukarkan jenis bahan dengan penukaran yang hakiki, tetapi mereka hanya mampu melakukan penyamaan pada penilaian pancaindera"

Jelas beliau menegaskan ubatan sintetik tidak mampu menandingi ubatan hakiki yang dikurnia/perturunkan oleh Allah swt. Mungkin boleh dilihat dari sudut kesan sampingan dan perawatan jangka panjang. Apa yang dijelaskan bukan hendak meperlekehkan perubatan moden. Apa yang hendak disampaikan ialah Allah Maha Pemberi Kesembuhan dan Maha segala-galanya. Bagaimanapun manusia tidak boleh menafikan perubatan moden secara total. Terdapat juga kelebihan yang dihasilkan oleh akal manusia juga bersumberkan ilham dari Allah swt. 

No comments:

Post a Comment