Facebook Fan

Wednesday, 13 September 2017

Roh dalam dunia Perubatan Yunani


Kebanyakan kaedah perubatan moden dan alternatif berasaskan perubatan yunani. Bagaimanapun diubahsuai mengikut acuan masing-masing mengikut kajian santifik, adat resam dan syariat agama dalam peredaran zaman. Saya hanya berkongsi (dengan beberapa ubahsuai), mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan dan fakta diberikan. Tiada banyak pengetahuan berkenaan roh manusia, sebagaimana Allah swt berfirman "dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. katakanlah roh itu termasuk urusanku. dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" (surat Al-isra'17 ayat 85)

Dalam perubatan Yunani, Roh bermaksud jiwa seseorang. Maka sesiapa yang menyatakan dirinya “aku”, itulah roh. “Aku” inilah yang bertindak mengawal pergerakan jasad dan kehendak perasaan manusia. Roh pada tubuh manusia berfungsi di bahagian otak, terutamanya serebrum.

Terdapat 3 kekuatan roh manusia iaitu Akal, Amarah & Nafsu. Berbeza dengan malaikat dikurniakan akal, tumbuhan diberikan kekuatan nafsu dan haiwan pula dikurniakan kekuatan amarah dan nafsu.
  • Kekuatan Akal terbahagi kepada 3 jenis iaitu pancainderia, proses maklumat dan motor pergerakan. Ianya membabitkan kepada organ utama iaitu otak.
  • Kekuatan Amarah terbahagi kepada 2 jenis iaitu keceriaan/pertahanan diri dan kemarahan. Ianya lebih kepada fungsi organ jantung
  • Kekuatan Nafsu pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu keperluan hidup dan hubungan seksual. Ianya sering dikaitkan dengan organ hati dan organ reproduksi
Disamping itu, terdapat kuasa yang mengawal pergerakan manusia luar kawalan seperti denyutan jantung, pernafasan, rembesan air liur dan perbuatan spontan. Maksudnya terdapat kuasa roh  kedua. Berdasarkan fungsinya, kuasa roh berkenaan berpaksi dilingkungan hipotalamus dan medula oblongata, yang juga terletak di otak. Sama seperti kuasa roh utama, kuasa roh kedua juga terdiri daripada 3 kekuatan iaitu Akal, Amarah & Nafsu seperti yang ditunjukkan dibawah;

Akal
Sistem penerimaan maklumat tanpa sedar seperti yang melibatkan sistem saraf dan sistem kelenjar.
Sistem pemprosesan maklumat tanpa sedar untuk membuat sebarang keputusan.
Sistem penerimaan maklumat tanpa sedar dalam sistem saraf atau sistem kelenjar.
Amarah
Sistem Pernafasan
Sistem Imuniti
Nafsu 
Sistem Penghadaman
Sistem Tumbesaran
Sistem Peranakan
Sistem Pembentukan Janin

* Wallahualam. Mungkin ada kesilapan fakta kerana ia berdasarkan pemahaman dan pengetahuan saya masih cetek dalam perubatan yunani yang dibawa oleh ilmuwan arab hingga tersebar ke rantau dunia.

* Masih boleh dipertikaikan kerana dalam al-Quran dan Hadis tidak menyatakan perihal ini.

No comments:

Post a Comment