Facebook Fan

Tuesday, 12 September 2017

Doa-Doa Sewaktu Ziarah Untuk Pesakit


Sering kita menziarahi dengan membawa buah tangan, tetapi tidak membawa hadiah paling terbaik untuk pesakit, yakni DOA!. Terdapat beberapa doa yang boleh kita hadiahkan kepada pesakit kita selain daripada surah al-fatihah. Diantaranya ialah;

Doa Mohon Kesembuhan Untuk Pesakit

لاَبَأْسَ طَهُوْرٌ اِنْ شَآءِ اللهُ

"Tidak apa-apa, semoga (penyakit) ini hilang Insya Allah”. 7 X

أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمِ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ اَنْ يَّشْفِيْكَ

”Aku memohon kepada Allah yang Agung, Rab Arsy yang agung, semoga Ia menyembuhkanmu”


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ إِشْفِ اَنْتَ الشَّّافِي لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَـاءُكَ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Rabbnya manusia, hilangkanlah penderitaannya, sembuhkanlah kerana Engkau yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan-Mu, dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit."


Mengajak Pesakit Berdoa Menghilang Rasa Sakit (mungkin pesakit ketika ini sedang kesakitan)

بِسْمِ اللهِ

أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ


”Dengan nama Allah (3x). Saya berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan apa yang aku derita dan aku khuatirkan (7x)


Mengajak Pesakit Berdoa Sebelum Minum Ubat 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ , اِمْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِكَ الشِّفَـاءُ لاَكَاشِفَ لَهُ اِلاَّ اَنْتَُ

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, ya Tuhannya manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah. Engkaulah maha Penyembuh, tiada penyembuh kecuali Engkau. Ya Allah, hamba sungguh mohon sehat kepada-Mu" (HR. Ahmad dan Nasai dari Muhammad bin Khatib)

Mengajak Pesakit Berdoa Selesai Minum Ubat

أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمِ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ اَنْ يَّشْفِيَنِ

"Saya mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai ‘arsy yang besar agar menyembuhkan aku”

Doa Mohon Sabar dan Ketenangan

Hasbiyallahu wa ni’mal wakiil, rabbanaa afrigh ’alaina shabran watawaffanaa muslimiin
"Ya Allah yang maha mencukupi aku, dan yang sebaik-baiknya yang melindungi aku. Ya Tuhan kami curahkanlah kesabaran dalam hati kami dan jadikanlah kami mati dalam keadaan Islam."

Doa Bertawakkal Atas Usaha Penyembuhan

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
Hasbunallahu wani’mal wakiilu ni’mal maulaa wani’mannashiir.
"Bagi kami cukup Allah saja pelindung yang baik bagi kami tempat berserah diri yang baik bagi kami dan penolong yang baik bagi kami."

No comments:

Post a Comment