Facebook Fan

Wednesday, 13 September 2017

Ilmu Unsur Tubuh Manusia (Arkan)

Menurut ahli pengamal tradisi, unsur atau juga dipanggil Arkan merupakan struktur tubuh paling terkecil, yang mana akhirnya membentuk struktur yang paling besar dan lengkap, iaitu manusia. Ianya tidak boleh lagi dipecahkan kepada struktur yang lebih kecil.

Ahli saintis terdahulu pula menyatakan atom merupakan struktur terkecil, kini mereka menyatakan partikel elemen merupakan struktur tubuh manusia paling kecil. Mereka tidak menemui apa yang dikatakan "unsur". Apakah yang dimaksudkan unsur ini?

JENIS UNSUR
Unsur terdapat 4 jenis iaitu Tanah, Air, Api dan Angin.
Unsur Api & Angin merupakan unsur paling ringan yang membantu pembentukan jiwa, pergerakannya dan pergerakan organ.
Unsur Tanah & Air merupakan unsur berat yang membantu tubuh untuk tujuan pembinaan organ dan kestabilannya.

Bagaimanapun terdapat unsur kelima yang dikenali "aeter" atau "akasha"yang bersifat seimbang dan tidak berubah atau dimusnahkan. Inilah yang sering dikaitkan dengan roh dan semangat. Konsep ini digunakan oleh amalan perubatan Ayurveda (India) dan perubatan Yunani Arab.

Namun berbeza dengan perubatan cina, juga menggunakan konsep 5 unsur, tetapi berbeza iaitu Kayu, Api, Tanah, Besi & Air.


BENTUK & KEDUDUKAN UNSUR
Unsur-unsur ini tersusun dalam bentuk bulatan. Seandainya berubah kedudukannya disebabkan oleh getaran tenaga luar, ia akan kembali juga dalam bentuk asal. Unsur paling berat (tanah) akan berada ditengah bulatan dan dilapisan luar terletaknya unsur paling ringan (api) mengikut tertib.
SIFAT STRUKTUR UNSUR (MIZAJ)

Unsur-Unsur yang dinyatakan mempunyai sifat-sifat tersendiri seperti berikut;
TANAH: Sejuk & Kering
AIR: Sejuk & Basah
ANGIN: Panas & Basah
API: Panas & Kering

Panas & Sejuk bersifat aktif, manakala Kering & Basah bersifat pasif. Ini menunjukkan sifat Panas dan Sejuk paling memberi kesan pada tubuh. Sekiranya unsur-unsur ini bergabung, maka membentuk struktur baru yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Struktur ini dinamakan Mizaj yang terdapat 9 jenis yang boleh terhasil iaitu;
  1. Seimbang
  2. Panas
  3. Sejuk
  4. Kering
  5. Basah
  6. Panas & Kering
  7. Panas dan Basah
  8. Sejuk dan Kering
  9. Sejuk dan Basah
Keseimbangan yang dinyatakan diatas adalah bersifat neutral. Untuk mencapai struktur yang seimbang dalam ilmu perubatan, perlu dilihat kedudukan geografi, jantina, bangsa, umur, akhlak dan sebagainya (seperti rajah dibawah). Menurut Imam Az-Zahabi dalam kitabnya At-Tibb An-Nabawi menyatakan manusia mempunyai mizaj yang paling seimbang berbanding makhluk tuhan yang lain. Lebih-lebih lagi jika manusia itu dikalangan orang yang beriman dan mulia.

BAHAGIAN
TANAH
AIR
ANGIN
API
Tubuh
Organ
Cairan
Ruangan
Haba
Keperluan
Nutrien
Air
Oksigen
Cahaya Matahari
Jirim
Pepejal
Cecair
Gas
Plasma
Arah
Selatan
Barat
Utara
Timur
Musim
Luruh
Sejuk
Bunga
Panas
Warna
Hitam
Putih
Merah
Kuning
Umur
Dewasa
Tua
Kanak-Kanak
Belia
Perasaan
Sedih
Takut
Gembira
Marah



KAITAN UNSUR DALAM KEHIDUPAN

Konsep Unsur tiada dalam kajian saintifik, tetapi pengamal tradisi boleh memasukkan unsur dalam kehidupan sains moden, Antaranya ialah;


PERKARA
PANAS
SEJUK
Unsur
Api & Angin
Air & Tanah
Arus
Positif
Negatif
Mizaj
Kering
Basah
Gelombang
Elektrik
Magnetik
Tubuh
Fungsi
Struktur
Kepadatan
Melonggarkan
Mengetatkan/Tumpat
Proses
Memecah
Membina/Mencantum
Pergerakan
Dinamik
Statik
(Menghentikan Gerakan)
Putaran
Arah Jam
Lawan Jam
Kekuatan
Tenaga
Daya
Tarikan
Keluar dari Struktur Bulatan
Masuk ke pusat Struktur Bulatan
Warna
Cerah
Gelap
Jantina
Lelaki
Perempuan
Waktu
Siang
Malam
Aktiviti
Aktif
Pasif
Perubatan Cina
Yang
Yin



No comments:

Post a Comment