Facebook Fan

Tuesday, 5 September 2017

Pendinding & Penjagaan Diri Juru Terapi Sewaktu Mengurut

Sumber Gambar: www.painscience.com/
  • Penyerahan diri & memohon perlindungan dan petunjuk daripada Allah yang sebenar-benarnya Tuhan disembah sebelum rawatan
  • Kebersihan diri dan berwudhu sebelum rawatan. Mandi dengan bahan berunsurkan peningkatan aura (seperti garam, limau atau kopi) selepas seharian merawat juga digalakkan.
  • Solat Sunat (Dalam rawatan Qun ada mengandungi Aura Solat secara bersistematik)
  • Amalan ruqyah & Doa pengisian
  • Mengurut dengan sentuhan kedua-dua belah tangan (walaupun di atas permukaan baju)
  • Hala lawan jam jika urutan berputar (laju)
  • Mengurut dengan ilmu dan posisi yang betul mengelak keletihan
  • Elakkan basuh tangan sebaik sahaja selesai mengurut untuk mengelak air masuk ke rongga badan.
  • Rasa secubit garam selepas rawatan (dengan doa) untuk mengurangkan bisa badan.
  • Keluarkan segera kejutan magnetik (rasa menyucuk @ renjatan) yang masuk secara tiba-tiba ke tangan juruterapi, dengan teknik urutan tolakan dari atas siku ke hujung jari sambil melepaskan nafas.
  • Elakkan urutan dibahagian tubuh pesakit yang panas sejuk berbeza dan mempunyai getaran/gelombang tinggi/tidak stabil.
  • Tidak menarik nafas sambil memandang tubuh pesakit ketika mengurut yang bermasalah. Kaedah ini amat sukar dilakukan tanpa ilmu

No comments:

Post a Comment