Facebook Fan

Monday, 25 September 2017

Siapakah Individu Yang Sensitif Di Urut

Sumber foto: https://nccih.nih.gov
Umumnya urutan tidak mendatangkan kesan sampingan, namun terdapat golongan yang berisiko apabila mendapatkan perkhidmatan urutan. Mereka ini ialah;
  1. Pesakit dalam keadaan teramat letih/lemah/tidak stabil
  2. Pesakit kronik dan sakit saraf. Pesakit kronik dan sakit saraf bermaksud penyakit seperti masalah jantung, kanser, ketumbuhan, kencing manis, dialysis, stroke, parkinson, bell palsy dan sebagainya.
  3. Bahagian tubuh yang mempunyai unsur asing/impalan /dipotong
  4. Tekanan darah yang terlalu tinggi
  5. Baru menjalani pembedahan dan rawatan beradiasi
  6. Pesakit mengalami luka, bengkak & radang sendi
  7. Golongan orang tua
  8. Bayi & wanita hamil
Senarai kelompok diatas bukannya tidak boleh diurut langsung, tetapi  terapis perlu berhati-hati dan mahir kaedah urutannya untuk kes-kes sedemikian. Pesakit yang sangat lemah perlu berehat sebelum mendapatkan urutan. Manakala orang yang tidak mahir tetapi sekiranya ingin mencuba mengurut, memadai dengan senaman regangan dan urutan lembut.

No comments:

Post a Comment