Facebook Fan

Monday, 2 October 2017

Bagaimana kita membantu Pesakit Parkinson

Pada statistik tahun 2004, 2% penduduk dunia mengalami simptom parkinson. Di Malaysia sahaja, kira-kira 70,000 yang menjadi mangsa (NST, 18 Jun 2000) dengan 60 kes baru setiap tahun. Parkinson merupakan salah satu penyakit saraf otak yang menyebabkan gerakan dan keseimbangan badan mangsa sering terganggu. Mangsa akan biasa dilihat terketar-ketar, sukar bergerak dan bertutur. Ini menggambarkan sel-sel neuron otak (menghasilkan dopamine) yang bekerja telah menjadi lemah atau mati. 

Biasanya penyakit ini menyerang golongan yang berusia lebih 50 tahun, tetapi terdapat kes dialami oleh mereka yang lebih muda. Setakat ini tiada rekod pesakit dapat disembuhkan secara total.  Bagaimana kita dapat berikhtiar mencegah berlakunya parkinson?

Satu kajian di Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Boston pada tahun 2005, menjelaskan mereka yang bersenam sewaktu mudanya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu akan mengurangkan risiko Parkinson sehingga 60%. 

Ubat-ubatan mampu mengawal getaran seketika tetapi tidak dapat memperlahankan parkinson daripada menjadi lebih teruk. Jadi kalau dikalangan ahli keluarga sudah mengalami parkinson, bagaimana kita  boleh membantu meringan beban mangsa?
Seorang penyelidik Universiti Pittsburgh telah membuat kajian terhadap tikus. Tikus berkenaan dapat meningkatkan keaktifan saraf sebanyak 40% dengan cara bersenam. Hasil kajian ini disokong lagi dengan hasil kajian dari Universiti Southern California Los Angeles. Kajian itu menunjukkan tikus yang mengalami kerosakan otak dilatih bersenam diatas treadmill dan akhirnya dapat membantu tikus aktif bergerak.

Oleh itu pesakit parkinson digalakkan mengamalkan senaman diatas treadmill (dengan ciri-ciri keselamatan seperti gambar diatas) untuk membantu pesakit dapat mengimbangi diri untuk bergerak lebih pantas. Elakkan senaman diatas lantai jika tidak mampu bangun sendiri. Selain itu elakkan melakukan apa-apa senaman sendiri tanpa pemantauan ahli keluarga atau orang lain untuk mengelak terjadinya kemalangan. 

Untuk senaman yang lebih bermanfaat, amalkan senaman hayunan kaki dan tangan serta berbasikal (dengan pemantauan).

1 comment: