Facebook Fan

Tuesday, 17 October 2017

Pergerakan Solat Membantu Meningkatkan Kualiti Kesihatan

Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam sunannya, hadis dari mujahid, dari Abu Hurairah r.a, ia berkata:
Rasulullah s.a.w telah melihatku ketika aku sedang berbaring kerana sakit perut. Lalu baginda berkata: Wahai Abu Hurairah, apakah kamu merasa sakit perut? Aku jawab: Ya ,ya Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Bangkitlah dan kerjakan solat sebab dalam solat itu terkandung juga suatu rawatan yang sangat berkesan.

Merujuk kepada buku, Hikmah Kesihatan dalam Solat, karya Saboe A (1996) menyatakan gerakan-gerakan solat yang dijalankan setiap hari akan dapat menurunkan dan mengurangkan penyakit kegemukan, reumatika, diabetes, sembelit, edema, jantung dan sebagainya. Gerakan-gerakan solat yang dipraktiskan akan dapat mengaktifkan urat otot mengembang dan lebih kuat. 
Misalnya, perbuatan Qiyam yang mana kedua-dua belah tangan tersusun di dada menyebabkan sendi siku, pergelangan tangan serta otot-otot tangan dalam keadaan rehat penuh. Ini dapat membantu untuk menghalang berlakunya masalah sendi.

Manakala rukuk (badan menunduk sebanyak 90 darjah), kepala hendaklah sekata dengan bahu (tidak boleh lebih tinggi atau rendah dari paras bahu). Gerakan rukuk boleh menghindari atau merawat masalah tulang belakang. Sebagaimana sabda Raulullah s.a.w;
“Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jari mu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya. (HR Ibn. Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Gerakan sujud pula mendorong mengaktifkan saluran arteri, vena dan urat limfa. Ini bertujuan mengelak pengecilan dinding-dinding pembuluh darah. Selain itu rongga dada juga akan bertambah besar untuk memudahkan menyedut udara bersih. Kemungkinan dada yang menyempit dan tidak kuat boleh berisiko menyebabkan tuberkolosis.

Ketika duduk tahiyat, kedudukan tumit menekan otot-otot pangkal peha (pelvik) sebenarnya dapat melancarkan perjalanan darah kembali ke jantung. Selain itu, juga dapat merawat penyakit saraf pangkal peha.

No comments:

Post a Comment