Facebook Fan

Monday, 6 November 2017

Had Pergerakan Pesakit Lumpuh

Saraf tunjang di tulang belakang yang bermasalah boleh menjejaskan kesihatan pesakit dan boleh menyebabkan lumpuh jika berlaku kerosakan ketara. Apa yang anda boleh lihat sekiranya seseorang itu mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh.


Kerosakan saraf di area vertebra
Kemungkinan Kondisi Lumpuh/Tahap Pergantungan/Tahap Pergerakan
C1
Maut
C2-3

Bergantung kepada ventilator.
Hanya mampu menggerakkan kepala
C3-4
Memerlukan bantuan penuh dengan aktiviti harian seperti mandi, berpakaian, makan dan lain-lain.
Masih boleh memandu kerusi roda elektrik dengan kawalan kepala/otak.
Masih boleh mengangkat bahu
C5
Masih boleh memandu kerusi roda elektrik dengan kawalan tangan.
Masih boleh makan sendiri dengan garpu.
Pesakit mampu diangkat/dipindahkan.
Perlu bantuan untuk berpakaian,
Masih boleh membengkokkan siku.
C6
Masih boleh berkerusi roda secara manual jika pesakit mempunyai kekuatan.
Berkemampuan berpindah dari kerusi roda ke katil.
Masih boleh menggerakkan pergelangan tangan, bahagian dada/rusuk
C7
Masih boleh berkerusi roda
Boleh berdikari sendiri
Boleh makan sendiri
Boleh diangkat dari satu tempat ke tempat yang lain
Boleh memandu (had tertentu)
Pesakit mampu menggerakkan fungsi tangan
T1-6
Berkerusi roda
Pesakit mampu menggerakkan fungsi tangan
Boleh memandu seperti biasa
Boleh buat beberapa pergerakan tubuh bahagian atas.
T7-12
Mampu berdiri dan memandu
L1-5
Boleh berjalan dengan menggunakan sokongan/tongkat.
Masih ada pergerakan kaki dan Lutut
S1-5
Masih boleh berjalan dengan biasa. Mungkin juga perlukan tongkat.

Panduan ini sekadar kemungkinan dan tidak semestinya sama untuk semua kes / tahap keseriusan.

No comments:

Post a Comment