Facebook Fan

Wednesday, 27 December 2017

Jawapan Mengenai Persoalan Senaman


Berapa Lama?
Menurut WHO, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari selaras untuk membakar 150 kcal untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit. Senaman yang baik bukan bermaksud bekerja keras latihan fizikal atau berlari pantas. Memadai senaman sederhana seperti hayunan kaki dan tangan, berjalan cepat di taman dan turun naik tangga. Kalau hendak mengurangkan berat tubuh, lakukan 45 - 60 minit senaman yang berkaitan. 

Berapa Kerap?
Biasanya minima 2 kali seminggu atau minima 3 kali seminggu untuk lebih sempurna. Namun kena lihat matlamatnya. Kalau hendak kurus, sekurang-kurangnya 4 kali seminggu untuk melakukan senaman menguruskan badan. Pastikan anda berehat sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu (bermaksud maksimum 6 kali seminggu sahaja).

Menurut Pusat Sains bagi Kepentingan Awam AS;
  • -Untuk mengurangkan risiko serangan jantung, diabetes dan kanser usus, lakukan senaman aerobik sederhana (berjalan cepat, berbasikal, atau berjoging) sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  • Untuk membina otot dan mencegah kemerosotan tulang, lakukan senaman latihan kekuatan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dengan menggunakan berat yang mampu diangkat dalam kiraan 8-15kali.

Amalkanlah senaman, Semua bahagian tubuh yang mempunyai fungsi, jika digunakan secara sederhana dan bekerja mengikut kesesuaiannya, tubuh menjadi sihat, berkembang dengan baik dan memperlahankan penuaan, tetapi jika tidak digunakan ia akan membawa kepada penyakit, kecacatan pertumbuhan dan cepat tua. - Hippocrates. 

No comments:

Post a Comment