Facebook Fan

Tuesday, 12 December 2017

KELAHIRAN JANIN DARI PENULISAN BASIM F. MUSALLAM

Bersumber dari karya: Basim F. Musallam 1983. Sex and Society in Islam. Cambridge; Cambridge University Press. Wallahualam.
Dalam al-Quran menyatakan badan manusia dibentuk oleh air mani lelaki. Allah swt berfirman
“(Setelah mengetahui yang demikian, maka hendaklah manusia memikirkan). Daripada ia diciptakan. Ia diciptakan. Ia diciptakan daripada air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) yang keluar daripada “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan” (surah al-Tariq 86:5-7)

Menurut Musallam, Rasullulah pernah bersabda “ Ia dijadikan daripada kedua-dua air mani lelaki dan wanita. Air mani lelaki lebih pekat dan membentuk tulang-tulang dan tendon-tendon, sementara air mani wanita pula adalah cair dan membentuk daging dan darah"

Dalam bukunya juga menyatakan Rasulullah saw juga pernah bersabda “Apabila air mani wanita menguasai (melebihi) air mani lelaki, anak (lelaki) itu akan menyerupai abang-abang pihak wanita dan apabila air mani lelaki melebihi air mani wanita, anak (lelaki) itu akan lebih menyerupai abang-abang pihak lelaki” 

Selepas janin disempurnakan berlaku selepas 120 hari persenyawaan, ia akan menjadi manusia yang mempunyai hak. Maka ia tidak boleh digugurkan kerana ianya perbuatan membunuh. Dalam Islam, beberapa ahli hukum abad pertengahan membenarkan pengguguran bersebab (yang dibenarkan)dalam masa empat bulan pertama hamil, iaitu sebelum janin disempurnakan.

No comments:

Post a Comment