Facebook Fan

Friday, 29 December 2017

Terapi Muzik dalam Dunia Islam

Ibn Qutaibah (meninggal dunia 889M), salah seorang sasterawan hidup pada zaman Abbasiyah dikatakan menyokong kuat pendengaran muzik dan memberi kesan-kesan yang baik dari segi fizikal dan rohaniah. Al-Dhahabi mendetailkan lagi kedudukan muzik atau lagu yang boleh menjadi haram, makruh, diharuskan dan digalakkan dalam agama.  Salah satu muzik yang diharamkan ialah yang mendatangkan khayalan dan kehilangan kewarasan manusia.

Sewaktu Sultan al-Nasir mendirikan sebuah hospital di Mayya Fariqin (tenggara Turki), para pemuzik dan penyanyi sering dihantar ke hospital untuk menghiburkan pesakit. Hal ini menjadi perdebatan antara ilmuwan agama dimana sebahagian ulamak melarang penggunaan muzik tersebut dalam apa jua urusan. Amalan penggunaan muzik adalah amalan golongan sufi untuk dijadikan sebagai riadah kejiwaan, terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah jiwa.

Menurut Osman Sevki, dalam bukunya, Turkish Medical History during Fire and a Half Centuries menyatakan orang Arab merupakan golongan pertama yang menjadikan muzik untuk orang sakit dan masalah jiwa. Selain itu menurutnya, seorang doktor berbangsa Turki, Shu’uri telah memperolehi idea tentang pelbagai jenis muzik dan tarian daripada kadar denyut nadi.
al-Farabi
Al-Farabi (meninggal dunia 950M) seorang ahli falsafah, pakar perubatan dan ahli muzik telah mencipta sejenis alat muzik yang dimainkan dihalaman istana putera Saif al-Daula yang sesetengah iramanya mengesankan jiwa dan menimbukan emosi yang berbeza-beza.

1 comment: