Facebook Fan

Sunday, 14 January 2018

Apakah Kelonggaran dalam Islam berkenaan Amalan Pengubatan


Bagi sebarang prosedur rawatan dalam perubatan, terdapat keharusan kepada perkara-perkara yang dilarang oleh syariat. Hal ini bagi menjaga keselamatan agama, nyawa, keturunan, harta benda dan kesihatan seseorang. Rasulullah saw pernah memberikan kelonggaran terhadap sesuatu yang diharamkan oleh syariat, sepertimana dalam hadis sahih dari Qatadah, dari Anas bin Malik r.a berkata;

“Rasulullah saw telah memberikan izin kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam r.a untuk memakai kain sutera kerana gatal-gatal yang mereka deritai”

Beberapa keperluan yang dibenarkan dalam Islam,  antaranya ialah;
  1. Membenarkan membedah perut wanita hamil yang mati untuk mengeluarkan bayi yang masih hidup.
  2. Memotong mana-mana anggota badan untuk mengelakkan penyakitnya menambah serius atau merebak. Jabir bin Abdullah r.a. telah berkata:Rasulullah s.a.w. telah menghantar seorang doktor kepada Ubay bin Ka ‘b lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.
  3. Memindah organ dari seseorang kepada orang lain yang memerlukan.
  4. Melihat aurat, kemaluan dan menyentuh yang bukan muhrim untuk tujuan pembedahan atau berkhatan (dengan doktor lelaki).
Syarat-syarat yang mengharuskan isu berkenaan perawat bukan mahram iaitu sekiranya;
  1. Tiada perawat dikalangan sama jantina
  2. Merawat di bahagian anggota yang berkenaan untuk dirawat sahaja
  3. Ketiadaan atau kekurangan pakar dalam sesuatu perawatan.
  4. Ditemani mahram ataupun orang yang dipercayai
  5. Perawat hendaklah beretika merawat pesakit.

No comments:

Post a Comment