Facebook Fan

Monday, 22 January 2018

Jawapan Berkenaan Siapa Tuhan

Apabila Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah bersiap menuju ke Madinah, timbullah kegusaran dikalangan kepimpinan kafir Mekah terhadap pengaruh baginda di Madinah yang boleh menggugat amalan kepercayan dan kedudukan ekonomi mereka. Lebih-lebih lagi Madinah terletak di kedudukan yang strategik kepada rombongan perdagangan Mekah yang sering melalui kawasan persiaran Laut Merah dari Yaman ke Syam. Oleh itu pemimpin-pemimpin kafir Quraisy mengadakan pertemuan di Darun Nadwah yang bertujuan untuk menyekat perjalanan baginda serta menghentikan perkembangan dakwah agama Islam. Mereka bersepakat memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjalankan tugas tersebut. Seorang lelaki bernama Suraqah bin Malik menyahut cabaran tersebut.

Dalam pencarian itu, Suraqah akhirnya berjaya mengesan baginda. Maka saat Suraqah berada di belakang baginda, tiba-tiba kuda tunggangan Suraqah terperosok ke dalam bumi. Beliau menyedari tidak mampu untuk mendekati baginda. Dia terjatuh dan bangun untuk menghunus pedang ke arah baginda, saat itu beliau kembali terperosok ke dalam bumi semula. Beliau merayu kepada baginda agar dapat diselamatkan dan tidak mengulangi perbuatannya. Akhirnya beliau diselamatkan dan bertanya kepada baginda berkenaan tuhan yang disembah. Lalu malaikat Jibrail a.s membawa wahyu yakni Surah al-Ikhlas sebagai jawapannya, sebagaimana hadis Nabi saw;
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ: أَنَّ الْمُشْرِكِينَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يَا مُحَمَّدُ [ص:144] ، انْسُبْ لَنَا رَبَّكَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: {قُلْ هُوَ اللَّهُأَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ} [الإخلاص: 2] لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ “ 
“Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab berkata bahwasanya orang-orang musyrikin berkata kepada Nabi saw, “Wahai Muhammad sebutkan kepada kami tentang nasab Robbmu.” Maka Allah Subhanahu wata’ala menurunkan surah ini bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) Dia lah Allah Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Al Hakim).

Salah satu sifat Allah dalam surah al-Ikhlas ialah As-Somad yang membawa maksud mensasarkan tujuan tanpa had (infiniti). Allah swt berikan panduan untuk mengenalNya sekadar apa yang dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis, kerana Dia tahu kemampuan pemikiran manusia tidak bisa menembusi lebih had yang boleh membebankan fikiran hambaNya. 

No comments:

Post a Comment