Facebook Fan

Sunday, 11 February 2018

Kenapa perlu makan pada masanya?


Rembesan air liur pada tahap maksimum berlaku pada waktu utama makanan seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Air liur banyak membantu mengumpul makanan untuk ditelan disamping membilas gigi. Oleh itu juadah hendaklah dimakan pada waktunya, bukan diluar waktu yang dinyatakan diatas. Misalnya mengambil kudapan diantara sarapan dan makan tengahari hendaklah setakat jam 10 pagi. Jika dilakukan diluar waktu berkenaan, kapasiti rembesan air liur tidak membantu untuk membantu proses penghadaman dan membilas makanan.

Kurangkan juga makanan yang manis, makanan berkabohidrat yang melekit dan kenyal (seperti dodok, wajik dan karamel) kerana makanan jenis ini mudah dan lama melekat dicelah gigi. Malahan makanan manis akan menjadi sumber makanan kepada bakteria pada permukaan gigi dan akan menghasilkan asid yang merendahkan pH pada rongga mulut. (Sreebny, 1982) Tindak balas asid ini boleh melemahkan struktur gigi.

Ditambah lagi risikonya apabila makan diluar ketiga-tiga waktu makan utama. Makanan jenis ini biasanya digunakan untuk pencuci mulut, dan dimakan pada waktu utama. Pastikan makan sajian utama dan pencuci mulut dalam tempoh 15 - 20 minit. (Stephen dan Miller, 1943)  Ini adalah kerana rembesan air liur yang maksimum hanya berlaku pada tempoh tersebut. Satu langkah untuk meningkatkan rembesan air liur ialah dengan mengunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan (Caglar et al., 2007)

Sreebny LM. 1982. Sugar Availability, Sugar Consumption and Dental Caries
Stephen dan Miller. 1943.A Quantitive Method for Evaluating Physical anda Chemical Agents Which Modify Production of Acids in Bacterial Plaques On Human Teeth.
Caglar E. 2007. Effect of Chewing Gums COntaining Xylitol dan Probiotic Backteria on Salivary Mutans Stepococci anda Lactobacilli.

Hasil bacaan dari buku Fiqh Dental yang ditulis oleh Dr, Wan Noorina.

No comments:

Post a Comment