Facebook Fan

Monday, 26 February 2018

Kolesterol dan Apakah Ikhtiar Kita?

Kolesterol ialah komponen lemak dalam salur darah untuk membantu menghasil dan memperbaiki sel tubuh dan hormon. Sebahagian besar kolesterol dihasilkan oleh hati dan sekitar 20-30% dari sumber pemakanan kita. Bagaimanapun kolesterol yang tinggi akan cenderung untuk mendap dalam salur darah. Kolesterol yang termendap dalam salur darah dipanggil plak. Plak inilah yang mengeraskan dan menyempitkan salur darah.

Punca- punca yang meningkatkan tahap kolesterol ialah kemungkinan berpunca ginetik, obesitis, pemakanan berlemak tinggi dan berminyak, kurang bersenam dan stress. Stress boleh mendorong tubuh mengeluarkan lebih banyak adrenalin dan kortisan yang menyebabkan mangsa berisiko berkali ganda diserang penyakit jantung atau strok.

Kolesterol keseluruhannya hendaklah dibawah bacaan 5.2 mmol/L.
5.2-6.2 mmol/L adalah bacaan borderline
Lebih dari 6.2 mmol/L adalah kolesterol tinggi.

Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu HDL dan LDL. HDL amat diperlukan, manakala LDL ( juga digelar kolesterol jahat) menimbulkan penyakit yang tidak sepatutnya tinggi.

Umumnya, HDL yang terbaik hendaklah lebih dari 1.6 mmol/L
1-1.3 mmol/L tahap normal bagi lelaki
1.3 – 1.5 mmol/L tahap normal bagi wanita

Manakala, bacaan LDL dibahagikan beberapa peringkat iaitu;
Bawah 1.8 mmol/L – ideal
Bawah 2.6 mmol/L – ideal
2.6 – 3.3 mmol/L – menghampiri ideal
3.4 – 4.1 mmol/L – Borderline
4.1 – 4.9 mmol/L – tinggi
Melebihi 4.9 mmol/L – sangat tinggi

Dalam pemakanan, terdapat 3 jenis utama lemak iaitu;
i. Lemak Tepu – seperti daging, produk tenusu dan minyak masak
ii. Lemak Mono tak tepu – seperti minyak zaitun, badam dan kacang
iii. Lemak Poli tak tepu – seperti minyak jagung, bunga matahari dan kacang soya

Lemak tepu adalah yang memudaratkan sebagai punca utama kolesterol yang meningkat. Manakala yang lainnya, akan menurunkan tahap kolesterol.

Mereka yang menghidapi kolesterol tinggi, digalakkan makanan yang mengurangkan kolesterol seperti pemakanan lemak Mono tak tepu dan Poli tak tepu, epal, lobak merah, bawang putih dan ikan air sejuk seperti tuna, salomon, tenggiri yang mengandungi Omega 3 dan 6.

Selain itu, amalkan senaman untuk membantu kolesterol HDL membawa keluar kolesterol LDL dari tubuh. Minum juga sekurang-kurangnya 10 gelas air putih sehari yang sangat penting bantu proses penyingkiran kolesterol. Elakkan merokok dan sentiasa mengawal tahap stress umumnya.

No comments:

Post a Comment